Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penunggang Motorsikal Ditahan Dalam Op Samseng, Op Mabuk

By 18 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad (Sabah)

 KOTA KINABALU, 18 September (Malaysiaktif) – Seorang lelaki ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had yang ditetapkan di Jalan Kepayan dekat sini, dalam OP Samseng dan OP Mabuk, awal pagi tadi.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 serta boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Siasatan Penguatkuasaaan Trafik Daerah yang bermula pada jam 12 tengah malam tadi, turut menyita 35 motorsikal dan sebuah motokar 35 buah motosikal di bawah Seksyen 60 akta yang sama.

ops-mabuk-4

Semua motorsikal dan kenderaan yang disita dibawa ke Balai Trafik KK.

 

Di bawah Seksyen 53 APJ pula, lima penunggang motosikal yang dikesan mempunyai waran tangkap dan dibawa balik ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, semua tangkapan telah dibebaskan dengan  seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Sebanyak 61 keping saman dikeluarkan merangkumi kesalahan tiada lesen (19 keping), tiada cukai jalan (lima keping), tiada cermin sisi (enam keping), ekzos paip yang diubah suai (14 keping), nombor pendaftaran yang tidak mengikut speksifikasi (enam keping), tayar botak (satu keping) dan halangan dengan 10 keping saman.

Ketua Polis Daerah, ACP M. Chandra dalam satu kenyataan pagi tadi berkata operasi tersebut dijayakan oleh seorang pegawai dan 11 anggota trafik dan telah memeriksa 47 buah kenderaan dan motorsikal pelabagai jenis secara teliti menggunakan ‘Mobile Computer Online Payment Sistem’ (MCOPS) sepenuhnya.

Katanya, usaha penguatkuasaan itu dijalankan secara berterusan bagi mendidik pengguna- pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal dan memberikan kesedaran kepada orang ramai.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda