Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

“Kita Perlu Dekati Anak Muda Cara Betul” – Pakcik Abdullah

By 18 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 18 Sept (Malaysiaaktif) – Mengayuh basikal sejauh 15km bermula dari Ujong Pasir hingga ke Kampung Bukit Meta tiada masalah kepada Haji Abdullah bin Bachik, 69 kerana beliau masih kelihatan gagah dan bersemangat.

“Saya memang dah biasa mengayuh basikal sejak tahun 2010 lagi, tapi sejak menjaga cucu, aktiviti sebegini semakin kurang, bila dapat tahu program ini dijalankan hari ini, saya ambil kesempatan untuk turut serta,” katanya yang berasal dari Bukit Punggor.

Menurutnya, ini merupakan tahun ke dua penyertaannya dalam aktiviti berbasikal dan beliau sangat menyokong penglibatan anak muda bagi memastikan mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah.

c7cf7236-2089-4ed7-8c22-1e119db6bb27

“Kita perlu dekati anak muda dengan cara yang betul, bercampur dengan mereka dan dengar permasalahan mereka, supaya mereka sentiasa berada di saluran yang betul.”

“Bila mereka rapat dengan kita, mudah kita nak ajak mereka sertai program sebegini dan sekaligus mendidik mereka menyayangi negara,”ujarnya.

Begitu juga dengan peserta kayuhan, Mohd. Akmal bin Saad,19 yang merasakan semangat patriotik anak muda sekarang semakin luntur dan rapuh.

“Saya pernah menegur sekumpulan remaja yang tidak menghormati lagu negaraku dalam sebuah program, kerana mereka hanya duduk dan berbual sesama mereka tapi teguran saya tidak diendahkan,” katanya.

ee1451b7-c11d-46dc-be13-88d1757fe42c

Tambahnya dia turut menyokong penganjuran program sebegini supaya anak muda terisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan mengelakkan mereka terjerumus dengan gejala tidak sihat.

Malaysiaaktif menemui mereka bersama 240 peserta dalam Program Kayuhan Kemerdekaan Sehati Sejiwa yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas merangkap EXCO Penerangan, Komunikasi dan Koperasi, Datuk Wira Hj Latiff Tamby Chik di Balairaya Kampung Bukit Meta di sini semalam.

Menurutnya, program ini merupakan salah satu usaha jabatan kerajaan dan pemimpin untuk bercampur dengan masyarakat memandangkan ianya mendapat sambutan daripada semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Beliau turut menyeru semua pemimpin supaya berkerja keras memastikan negara mencapai wawasan dan berharap dapat bersatu dengan masyarakat bagi mengukuhkan perpaduan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda