Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Bil Air dan Pembentungan Besepadu Lebih Menyenangkan

By 28 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Mohd Faizal Mansor

LABUAN, 28 Okt (MalaysiaAktif) – Bermula 1 Mac 2016, dua perkhidmatan utiliti di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu air dan pembentungan telah digabungkan di dalam satu bil bersepadu.

Justeru Para Pelanggan Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan serta pelanggan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dapat menjelaskan kedua-dua bil tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Korporat IWK, Shahrul Nizam Sulaiaman berkata demikian ketika memberikan Taklimat Media Labuan mengenai perlaksanaan Bil Bersepadu Air dan Pembentungan Wilayah Persekutuan Labuan, di pejabat IWK Labuan, disini, pagi tadi.

Ujar Sharul, Labuan juga merupakan negeri pertama yang mengimplementasikan bayaran bil bersepadu ini agar memudahkan pengurusan bil-bil utiliti yang efisien sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Ujar beliau lagi, bil bersepadu ini adalah untuk pelanggan perkhidmatan pembetungan bersambung bagi premis domestik (termasuk kuarters kerajaan), komersil, premis kerajaan dan perindustrian sahaja.

Bagi premis yang menggunakan tangki septik individu, akaun-akaun kerajaan yang didaftarkan sebagai PUKAL dan akaun perkhidmatan pembetungan bersambung dengan nilai tahunan tunggal tetapi mempunyai beberapa meter air akan terus menerima bil daripada pihak IWK, beliau menambah lagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan, Alvin Lo, seramai 4814 pengguna di Labuan memanfaatkan sistem bayaran bil bersepadu tersebut, namun beliau juga menasihatkan para pengguna yang masih belum menjelaskan bil bersepadu tersebut agar dapat menyelesaikannya ataupun datang sendiri pejabat Jabatan Bekalan Air Labuan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Menurut salah seorang warga Labuan, Ramdan Juhaili, 49, melalui sistem pembayaran melalui satu bil ini dapat menjimatkan masa para pengguna kedua-dua utiliti tersebut kerana dapat menjelaskan dua bil dalam satu masa.

Shamsinar Ibrahim, 29, berkata, usaha yang dilakuan oleh pihak IWK dan Jabatan Bekalan Air Labuan melalui pengenalan bil bersepadu membolehkan pembayaran bil di satu kaunter sahaja dengan cepat dan effisien.

Tinggalkan komen anda