Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tongod Bakal Daerah Membangun Pada 2033

By 28 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh Asmidar Zainol & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Okt (Malaysiaktif) – Pelancaran Pelan Struktur Sabah 2033 memperlihatkan Daerah Tongod akan mencapai taraf sebuah daerah membangun pada tahun tersebut.

Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Johanis Mualas menyambut baik perancangan Pelan Struktur Sabah 2033 yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman di sini pada Selasa.

Katanya, pelan tersebut merupakan sebuah perancangan yang baik dan menjadi harapan rakyat di daerah tersebut agar pembangunan Tongod seiring pembangunan Sabah ketika ini.

_dsc6957

Pelan tersebut merupakan sebuah perancangan yang baik-Johanis Mualas.

“Dengan 30 ribu penduduk yang bekerja sebagai peladang, petani dan kakitangan kerajaan, penduduk di daerah ini amat mengalu-alukan pembangunan yang telah dirancang.

“Dikenali sebagai ‘Jantung Sabah’ (Heart of Borneo), kami percaya seiring dengan pembangunan tersebut, Tongod mampu menggamit kehadiran pelancong terutamanya  ke lokasi pelancongan Lembah Canyon yang terletak di daerah ini.

Menurut Johanis, Tongod bakal di naik taraf sebagai Majlis Daerah Penuh dengan pembinaan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks sukan di Tongod.

Sementara itu, Pengarah Borneo Spatial Planning Sdn Bhd, Janet Goh berkata, pelan yang disediakan merupakan satu langkah yang bijak oleh kerajaan tempatan.

_dsc6968

Langkah bijak oleh kerajaan-Janet Goh

“Pihak kami bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah dengan kerjasama WWF Malaysia dan Majlis Daerah Semporna telah mengemukakan ‘Project Marine Spatial Plan Semporna’ (RTPI) untuk dijadikan sebahagian daripada Pelan Struktur Sabah 2033.

“Projek ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk tempatan untuk mewujudkan rasa kecintaan dan kepentingan bersama agar khazanah laut seperti terumbu karang dan ikan-ikan tidak mati atau pupus.

“RTPI dinobatkan sebagai penerima anugerah The International Planning Excellent Award daripada Royal Town Planning Institute London pada Mei lalu.

-SF

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda