Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Gotong-Royong Perdana Bina Pintu Gerbang Sekolah

By 17 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Remmy Ramai Sukup

MUKAH, 17 Okt (Malaysiaaktif) – “Aktiviti gotong-royong yang dilakukan melibatkan kerja membina pintu gerbang sekolah, membina jalan berbatu menuju asrama bagi memudahkan murid asrama bergerak dari asrama ke bangunan sekolah, melebar dan meratakan padang sekolah, membaiki sistem perparitan serta membina jalan untuk kenderaan kakitangan sekolah.

Demikian menurut pengerusi pengelola merangkap Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Lobang Mukah Jamil Ibrahim yang ditemui Malaysiaaktif dalam Gotong-Royong Perdana yang berlangsung semalam.

Tambahnya, seramai 101 orang yang terdiri daripada 36 warga Cahaya Mata Sarawak (CMS) Road Mukah manakala 65 lagi mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berserta kakitangan sekolah menjayakan kerja bergotong-royong di sekitar kawasan sekolah tersebut yang berlangsung pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

gr2

“Saya dan warga sekolah berasa sungguh gembira sekali apabila pihak CMS Road Mukah, ibu bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah sungguh gigih bekerjasama menjalankan kerja yang bertujuan untuk mencantik serta menceriakan kawasan sekolah.

“Dengan keceriaan dan kemudahan yang sedia ada melalui aktiviti gotong-royong begini, maka keadaan sekolah telah semakin cantik dan kemas,” ujar Jamil.

Sementara itu, Gotong Royong Perdana turut dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Patrick dengan  penglibatan lebih 200 orang yang terdiri daripada ibu bapa, penjaga, guru-guru dan para pelajar bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang Sabtu.

dsc_0449-1-2

Yang Dipertua (YDP) PIBG, Zaini Morshidi bersama Pengetua, Anthony Poon Teck Huat memberikan taklimat pembahagian tugas dan tempat seterusnya memimpin para ibu bapa dan memulakan kerja gotong-royong sehinggalah semua kerja selesai sebelum 2.00 petang.

Dalam pada itu, Naib YDP, Rose Sel aktiviti gotong-royong dijalankan untuk mengindahkan kawasan sekolah terutamanya bagi mencantikkan dinding kelas yang telah luntur dan usang seterusnya meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

“Ibu bapa sanggup berbelanja untuk menyediakan sumbangan cat selain membawa peralatan seperti surat khabar lama dan batang cat untuk mengecat dinding kelas yang telah luntur,” katanya lagi.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda