Skip to main content
Berita TempatanSabah

Helikopter Nuri Terhempas Di SMK Balung Tawau

By 4 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh   Liza Abdullah (Sabah) / Foto: Media Sosial Tawau

TAWAU, 4 Okt (Malaysiaktif) – Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani latihan penerbangan terpaksa membuat pendaratan cemas lalu terhempas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Balung pagi tadi.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM, Markas Tentera  Udara, Kementerian Pertahanan memaklumkan helikopter yang membawa seramai 14 penumpang berlepas dari pangkalan pada 7.35 pagi sebelum melakukan pendaratan cemas sekitar 9.35 pagi.

img-20161004-wa0002

Keadaan sekolah apabila helikopter terhempas

 

Penerbangan yang merupakan latihan biasa telah melakukan pendaratan cemas dan semua anak kapal dilaporkan selamat.

Saksi daripada kakitangan sekolah terbabit memaklumkan kejadian tersebut turut mencederakan seramai lima pelajar yang sedang bersarapan di kantin berhampiran.

“Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan mengejutkan, alhamdulilah pelajar terbabit hanya cedera dan tiada melibatkan kehilangan nyawa berlaku,” katanya lagi.

Pihak polis sedang menyiasat tentang kejadian tersebut dan jumlah mangsa terlibat juga masih belum dapat diketahui.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

-SF

 

Tinggalkan komen anda