Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa Meninggal Dunia

By 4 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Foto: Utusan

MELAKA, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, 93 meninggal dunia akibat paru-paru berair di Hospital Putra pada 11.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiaaktif, anak Allayarham, Amir Hamzah berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Ahad lepas dan akan dikebumikan selepas Asar di kampung asalnya di Kampung Rim, Jasin.

Abdul Aziz dilahirkan malam Hari Raya Haji, di Kampung Rim, Jasin, Melaka pada 13 Jun 1928. Sejak 1946,  Allahyarham aktif dalam politik dan pernah menjadi Bendahari UMNO Perhubungan Negeri Melaka selama sembilan tahun berturut-turut bermula 1978 hingga1986.

Allahyarham dilantik sebagai Senator dari Jun 1975 hingga November 1977. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978, Abdul Aziz menang bertanding atas tiket Barisan Nasional di Kawasan Dewan Undangan Negeri Nyalas, Melaka dan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Abdul Aziz juga merupakan seorang yang berbakat dalam seni lukis, seni bina dan reka, seni tari, serta penulisan budaya dan sastera.

Pada 12 Mei lalu, allahyarham telah menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 semasa Hari Ulang Tahun UMNO ke-70.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda