Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Ibu Tunggal Perlu Guna Segala Peluang-Fatimah

By 11 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad / Khalid Aini

DALAT, 11 Okt (Malaysiaaktif) – “Para ibu tunggal perlu menggunakan segala peluang dan mendapatkan semua maklumat untuk memajukan diri serta keluarga.”

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata demikian dalam Program Semarak Kasih Bersama Ibu Tunggal di Dewan Masyarakat Dalat pada Sabtu.

“Persatuan Ibu Tunggal Cawangan Dalat memberi kerjasama kepada semua agensi kerajaan atau mana-mana persatuan dan badan bukan kerajaan jika diperlukan untuk memperkenalkan Persatuan Ibu Tunggal bagi kawasan ini.

Pihak Kementerian Kebajikan, Wanita dan Komuniti Sarawak akan senantiasa membantu wanita untuk memajukan diri dan keluarga,” ujar beliau lagi.

Pada majlis tersebut, Persatuan Ibu Tunggal Cawangan Dalat menerima geran sebanyak RM5000 untuk membantu mereka dalam melaksanakan apa-apa aktiviti yang berfaedah.

Geran ini disampaikan kepada Pengerusi Ibu Tunggal Cawangan Dalat, Moon Inal, yang hadir bersama 200 ibu tunggal yang lain. Moon Inal mengucapkan jutaan terima kasih kerana persatuan mereka diambil perhatian oleh yang berkuasa.

“Semoga para ibu tunggal dapat memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan pada masa akan datang. Dengan adanya peruntukan yang diberi ini maka persatuan kami berusaha untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang sesuai nanti.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Sarawak, Noriah Ahmad dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Negeri Sarawak, Hajah Salmah Ibrahim.

-SF

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda