Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jemaah Haji Terakhir Sarawak Selamat Tiba

By 11 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/ Foto: Mahmud Sulaiman(Sarawak)

KUCHING, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Penerbangan KT 41Q MH 8110 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 1.37 pagi merupakan ketibaan terakhir yang membawa seramai 148 orang Jemaah Haji Kuching.

Jemaah Haji disambut oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Haji Misnu Haji Taha bersama Pengarah Lembaga Tabung Haji Sarawak, Haji Rozimin Ahamed Kamel serta kaum keluarga.

whatsapp-image-2016-10-11-at-7-35-16-am-1

Ketibaan para jemaah Haji.

Menurut Haji Rozimin Ahamed Kamel, dua Jemaah (suami dan isteri) iaitu Jangsi Seman dan Sa’abah Japar turun di Kuala Lumpur kerana ingin melawat anak mereka di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Jemaah, Mohd Ali bin Suhaili, 64, yang berasal dari kampung Bintawa Hilir, Kuching berkata, semenjak mengerjakan Haji semua urusan berjalan dengan baik dan semasa dalam penerbangan pula tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Antara jemaah haji yang selamat sampai awal pagi tadi.

Antara jemaah haji yang selamat sampai awal pagi tadi.

“Perasaan gembira dan bersyukur setelah selamat menunaikan ibadah Haji dan selamat kembali ke tanah air setelah selama sebulan berada di Tanah Suci,” demikian luah Ali semasa ditemui Malaysiaaktif ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi.

“Syukur ke hadrat Ilahi segala urusan telah berjalan dengan lancar. Saya berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan peluang untuk kembali ke sana,” ujarnya lagi.

-SF

Tinggalkan komen anda