Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Pembinaan Ban Pasir, Persediaan Bencana Air Pasang Besar

By 13 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 13 Oktober (Malaysiaaktif) – “Fenomena air laut pasang besar dijangka akan berlaku pada 16 Oktober hingga 19 Oktober ini”.

Demikian menurut Pengerusi Jawantankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor merangkap Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Sharil Badliza Mohd Noor.

Tambah beliau, “Bagi persediaan awal, Pihak Pejabat Daerah Kuala Selangor telah menyumbang pasir untuk program hari ini”.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor hari ini telah membuat persediaan bencana air laut pasang besar dengan pembinaan ban pasir di Muara Sungai Bagan Pasir, Tanjung Karang.

whatsapp-image-2016-10-13-at-15-18-32

“Pembinaan ban pasir yang dibina sepanjang 150 meter dengan ketinggian  empat atau lima guni pasir ini adalah langkah sementara bagi mengawal air laut pasang melimpah ke kawasan perumahan”, ujar Timbalan Ketua Pengarah Unit Pengurusan Bencana Negara, Datuk Haji Muhammad Yusoff bin Wazir dalam sidang media di tapak pembinaan ban ini.

“Dalam jangka masa panjang kita memerlukan peruntukan yang banyak untuk menaiktaraf ban serta menanam pokok bakau api-api dan nipah sebagai dinding pertahanan selain bina struktur ban konkrit di sepanjang kawasan pantai di Selangor sejauh 90 km dengan kos RM450 juta hingga ke 500 juta”, kata beliau lagi.

Tambah beliau, “Lebih kurang 300 orang terdiri daripada agensi, badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan penduduk tempatan datang membantu menjaya program hari ini”.

whatsapp-image-2016-10-13-at-15-19

“Bilik Gerakan Bencana akan dibuka di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bermula 15 Oktober dan dijangka tutup pada 20 Oktober. Untuk sebarang maklumat berkenaan bilik gerakan tersebut boleh menghubungi talian 03-3289 7632 “, tambah Shamsul lagi.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi taklimat oleh pihak Unit Pengurusan Bencana Negara di Dewan Dato Hormat, Tanjung Karang dan selesai pada 11.00 pagi tadi.

-DK

Tinggalkan komen anda