Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

PTPTN Sasar 40 Peratus Pembayaran Melalui JomPay

By 14 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Liputan dan Foto oleh: Mohd. Shahfuri Saidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Malaysiaaktif) –  “PTPTN mensasarkan 40 peratus dari 2.5 juta peminjam membuat bayaran melalui perbankan internet dan secara online sehingga hujung tahun ini”.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Ahmad bin Wan Yusoff berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Perdagangan JomPay antara AmBank (M) Berhad dan PTPTN di Bangunan AmBank Group, Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

“Sehingga Ogos 2016, sejumlah 2.5 juta peminjam yang melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM47 bilion telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN.”

“Dengan peningkatan dari tahun ke tahun, PTPTN terus bergerak ke hadapan dengan mewujudkan pelbagai inisiatif dengan memodenkan platform pembayaran PTPTN melalui perkhidmatan JomPay “, jelas beliau lagi.

Beliau menambah, “Kerjasama antara AmBank dan PTPTN ini dilihat amat bertepatan dalam memberikan kebaikan kepada semua pihak dan masyarakat, khususnya peminjam PTPTN”,

“Melalui kaedah ini juga akan memudahkan peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka kerana transaksi yang dilakukan melalui online JomPay adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang caj”.

Beliau melahirkan harapan agar usaha dan strategi yang dilakukan ini dapat memberi kesedaran serta galakan yang tinggi kepada peminjam untuk memulakan dan meneruskan bayaran balik pinjaman secara konsisten demi memastikan generasi akan datang turut sama merasai kemudahan tersebut.

Wan Ahmad juga menyeru kepada peminjam-peminjam yang mempunyai tunggakan serta rekod yang buruk di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang dianggarkan sebanyak 1.5 juta orang, dinasihatkan segera berunding dengan PTPTN bagi tujuan penstrukturan semula pinjaman yang akan dibuat berdasarkan kepada kemampuan kewangan peminjam.

Majlis perasmian turut dihadiri Pengerusi PTPTN, Datuk Haji Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir dan Ketua Pegawai Operasi MyClear, Tay Gim Soon.

-DK

Tinggalkan komen anda