Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Progam “Semarak Seni Labuan” Martabatkan Seni Budaya Tempatan 2016

By 13 Oktober 2016November 2nd, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

OLEH: Mohd Faizal Mansor (LABUAN)
FOTO : Jeffrey Nian (LABUAN)

LABUAN, 11 Oktober Malaysiaaktif) -Masyarakat Labuan yang majoritinya terdiri daripada suku kaum Brunei-Kedayan mempunyai seni kebudayaannya tersendiri yang mampu di tonjolkan kepada para pelancong dan masyarakat luar.

Permainan Gasing dan Tarian Anding merupakan permainan dan tarian tradisional masyarakat Brunei-Kedayan di sini yang jarang diketengahkan kepada masyarakat di luar Labuan.

Ujar Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus ketika merasmikan program tersebut pada hari ahad lepas di Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Yunus, program seperti ini boleh dijadikan platform bagi generasi muda untuk mempelajari permainan gasing dari generasi terdahulu untuk diwariskan kepada anak cucu mereka kelak.

Tambah Yunus lagi, seni tarian masyarakat Kedayan-Brunei iaitu ‘Tarian Anding’ juga wajar di perkenalkan kepada para pelancong dan masyarakat luar kerana tarian tersebut amat jarang dipromosikan.

Menurut salah seorang warga Labuan yang ditemui, Mohd Nizam Suil, 23, berpendapat platform sebegini amat sesuai untuk menghidupkan kembali kesenian mahupun permainan tradisonal masyarakat Melayu Brunei-Kedayan yang mungkin tidak diketahui oleh generasi muda seperti beliau.

Melalui program ini diharapkan seni warisan yang terdapat di Labuan ini tidak pupus dan sentiasa menjadi kebanggan oleh masyarakat setempat, tambahnya lagi.

Presiden ASWILA, Rahman Jaafar, berasa terharu dan berterima kasih kepada pihak JKKN Sabah yang dapat menganjurkan program sebegini bagi mengetengahkan seni budaya dan permainan tradisional masyarakat Labuan disamping mengalakkan anak-anak muda Labuan mengenali dan mencintai kebudayaan yang ada di Labuan ini.

Kata Jaafar lagi, diharapkan JKKN Sabah dapat meneruskan lagi program tersebut pada masa yang akan datang secara lebih gah lagi.

Program “Semarak Seni Labuan” 2016 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah bersama dengan Persatuan Anak Seni Wilayah Persekutuan Labuan (ASWILA) itu telah berlangsung selama 2 hari sejak 10 Oktober yang lalu.

Antara program pengisian adalah, pertandingan gasing, persembahan khas Gasing Pangkah Uri, persembahan kesenian tarian etnik masyarakat tempatan serta gerai pameran.

-MRR

 

Tinggalkan komen anda