Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

Permainan Tradisional Penyatu Hubungan

By 12 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pada waktu dahulu, permainan kebudayaan merupakan medium penyatuan persaudaraan antara masyarakat setempat, oleh itu pelbagai permainan tradisi dan kebudayaan yang menjadi warisan zaman berzaman masyarakat Melayu.

permainan tradisional mempunyai semangat kesukanan dan kemasyarakatan yang tinggi

permainan tradisional mempunyai semangat kesukanan dan kemasyarakatan yang tinggi

Di sini terdapat seorang guru, Mohd Nazife Ismail, 50 yang mencintai seni warisan dan kebudayaan Melayu yang mana beliau telah berjaya mengekalkan warisan Gasing Uri di arus millennium bahkan popular di persada antarabangsa sehingga pernah dijemput untuk mengadakan pameran dan persembahan di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2014.

Gasing uri merupakan permainan tradisi popular yang melibatkan rakyat secara sepenuhnya serta menjadi suatu alat perpaduan yang sangat penting pada suatu ketika dahulu.

Malahan pada masa dahulu jika ada kumpulan Gasing Uri yang akan bertanding, penduduk kampung peserta bertanding tersebut sanggup menggantikan tempat para peserta bertanding untuk bekerja mahupun menyelesaikan tugasan harian.

Begitu hebat penangan permainan tradisi pada suatu ketika dahulu kerana mereka mempunyai semangat kesukanan dan kemasyarakatan yang tinggi, di Kelantan ketika ini hanya terdapat dua buah kumpulan pemain Gasing Uri yang aktif.

Menurut Mohd Nazife, permainan Gasing Uri hanya popular di Kelantan dan beberapa tempat di sekitar Besut, Terengganu. Ekoran itu beliau mengambil inisiatif dengan mewujudkan sebuah persatuan yang menyatukan semua pemain dan peminat seni tradisi Gasing Uri dibawah Persatuan Gasing Uri Negeri Kelantan.

“Gasing uri merupakan suatu permainan tradisi yang sangat unik kerana kebolehannya berpusing selama lebih dua jam setengah bagi setiap lontaran.

Bahan utama dalam proses pembuatan gasing uri adalah timah dan pemilihan jenis kayu yang terpilih beserta kemahiran daripada tukang pembuat gasing tersebut,” ujar Mohd Nazife kepada Malaysiaaktif ketika ditemu bual.

Bagi memastikan kesinambungan dan pemuliharaan seni tradisi gasing uri ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal dan Kelab Warisan Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Gaal telah mewujudkan sebuah galeri yang berasaskan gasing uri.

Selain itu sebuah bengkel pembuatan gasing uri untuk kegunaan para pelajar menimba ilmu pengetahuan perihal proses pembuatan gasing uri turut di bina sebagai pemangkin pemuliharaan seni tradisi ini.

Mengakhiri temu bual bersama Malaysiaaktif, Mohd Nazife berharap agar generasi muda dapat mengekalkan seni tradisi gasing uri serta membuat suatu penerokaan baharu supaya hasil seni ini dapat terus dipelihara.
-SH

Tinggalkan komen anda