Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tabung Haji Serah Manfaat Insurans kepada Keluarga Si Mati

By 14 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Sumbangan wang tunai sebanyak RM1500 diserahkan kepada Haji Kasa Nabai suami kepada allahyarhamah Jemaah Haji Lumat Timbang, 67, yang meninggal dunia di Makkah bagi musim haji 1437H/2016M.

Allahyarhamah meninggal dunia pada 24 September 2016 akibat penyakit radang paru-paru dan diuruskan serta dikebumikan di Makkah.

Penyerahan duit tersebut disampaikan oleh Pengarah Negeri TH Sarawak, Tuan Haji Rozimin Ahamed Kamil, di rumah mereka di Kampung Bekenu, Miri pada Sabtu.

“Duit tersebut merupakan manfaat perlindungan insuran takaful jika berlaku kematian dan waris sebagai penerimanya, kata Haji Rozimin semasa ditemui Malaysiaaktif di Lapangan Terbang Antarabangsa semasa ketibaan Jemaah Haji.

Dalam pada itu beliau berkata, duit tersebut digunakan untuk meringankan perbelanjaan semasa mengadakan makan Tahlil bersama keluarga dan waris-waris allahyarhamah.

Tambahnya, keluarga allahyarhamah mengucapkan terima kepada pihak Tabung Haji kerana berjaya mengurus Jemaah Haji dengan baik dan teratur tanpa ada apa-apa rungutan daripada pihak Jemaah Haji yang lain dari Sarawak.

Pada masa penyerahan duit tersebut juga beliau berkata, rombongan mereka sempat menghadiri makan Tahlil bersama keluarga dan waris-waris allahyarhamah di rumah tersebut.

-SF

Tinggalkan komen anda