Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kembali Pada Kekuatan Persaudaraan – Tun Juhar

By 3 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

  Oleh: Zuraidah Ahmad, Nur Effa Maruf & Mastim Kiriman (Sabah)

PUTATAN, 3 Okt (Malaysiaktif) – Umat Islam perlu ?kembali pada kekuatan persaudaraan berasaskan akidah Islamiah sebagai usaha memperkasakan kesatuan dan perpaduan ummah.

Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin ?berkata semua risiko yang membawa mudarat kepada kesatuan ummah perlu ditangani? sebaik-baiknya di semua peringkat bermula daripada peringkat individu hingga pemimpin masyarakat serta pihak berkuasa berpandukan ilmu dan bukannya emosi.

?Sambutan Maal Hijrah menjadi wadah mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah yang menjadi titik permulaan kepada penyatuan ummah berasaskan akidah Islamiah.
?
“Marilah kita sambut dan raikan awal Muharam ini dengan memperbaharu semangat serta iltizam, memperteguh akidah dengan mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.? Kesatuan ummah akan dapat dihasilkan apabila umat Islam meletakkan syariat dan ikatan akidah mengatasi segala-galanya.

image
“Dengan berbuat demikian, umat berupaya membina jati diri yang unggul, memiliki dan mengamalkan sifat mahmudah serta menjauhkan sifat mazmudah selain menghindar budaya assabiyah.
?
“Perbuatan memecah-belahkan dan memburukkan antara satu sama lain atas sebab berbeza fahaman politik, mazhab ataupun kaum hendaklah dihentikan

Dalam pada itu, Tun Juhar juga menyeru umat Islam agar mengaktifkan masjid sebagai institusi penting yang menjadi penggerak kepada penyatuan dan kecemerlangan ummah.

Oleh itu, ahli kariah perlu mempelbagaikan kegiatan masjid dengan program spiritual, fizikal dan intelektual bagi melahirkan umat beriman, bertakwa dan berakhlak mulia serta mengubah keadaan sedia ada kepada kedudukan lebih baik bukan sahaja untuk kehidupan di dunia tetapi juga akhirat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusannya pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1438H/2016 di Dewan Sri Putatan, pada Ahad.

Lebih 3,000 umat Islam hadir pada majlis yang bertemakan ?’Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah?’ itu.
??

SF

Tinggalkan komen anda