Skip to main content
Berita TempatanSabah

FELCRA Buka Tanah di Pulau Banggi Januari Depan

By 7 November 2016November 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Nur Effa Maruf & Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 6 Nov (Malaysiaktif) – Lembaga Penyatuan dan Pembukaan Tanah (FELCRA) bakal membuka tanah seluas 3,800 hektar di Pulau Banggi melalui kerjasama Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Januari depan.

Menurut Pengerusi FELCRA, Datuk Sri Bung Mokhtar Radin, tanah tersebut akan dijadikan projek bersifat komersial untuk penanaman nanas, pisang dan kelapa bagi merancakkan lagi industri pengeluaran makanan di negara ini.

Projek yang telah diluluskan Kerajaan Negeri itu akan dimulakan pada seawal-awalnya Januari 2017 melibatkan pelaburan mencecah RM 100 juta bagi fasa keseluruhannya.

img_6427
“Makanan ialah sesuatu yang penting kepada manusia, justeru tidak salah untuk FELCRA menjadi tunjang kepada produk pengeluaran makanan negara kerana import dan eksport makanan di negara ini masih tidak seimbang.

“Ini juga adalah bagi mengelakkan krisis kekurangan makanan pada masa hadapan dan memanfaatkan sepenuhnya kesuburan tanah di negara kita,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA Berhad bagi Wilayah Sabah, pada Ahad.

Jelasnya, FELCRA juga akan membina bangunannya sendiri di negeri ini pada tahun depan bagi mengukuhkan lagi kewujudannya.

“Sehingga kini, FELCRA Wilayah Sabah telah membangunkan kawasan ladang seluas 177, 78200 hektar yang membabitkan 47 projek iaitu 13 projek ialah milik koperasi dan 32 projek lagi milik individu serta dua tanah milik kerajaan.

img_6426
Kawasan-kawasan projek yang terlibat merangkumi Kinabatangan, Telupid, Lahad Datu, Kudat, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan dan Pulau Banggi yang membabitkan 2,305 orang peserta.

Tambahnya, lebih RM 153 juta dividen telah diagihkan kepada peserta bagi tempoh 2001 hingga Mei 2013.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang di salah sebuah hotel di sini.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda