Skip to main content
Berita TempatanSabah

TN50 Sasar Kanak-kanak Sebagai Peneraju-Salleh

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Yahya Abdul Rajak & Abdullah Sani Ariff Lokhman (Sabah)

KOTA BELUD, 6 Nov (Malaysiaktif) – Kerajaan memberi keutamaan dalam sektor pendidikan terutama kanak-kanak sama ada di sekolah bantuan penuh kerajaan mahu pun swasta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata menerusi Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai satu sasaran baharu dengan agenda pembangunan lebih mapan dalam masa tiga dekad akan datang.

img_6420
Menurutnya, dasar tersebut menyasarkan generasi kanak-kanak hari ini sebagai peneraju barisan kepimpinan serta tenaga pakar dalam semua sektor di samping mengekalkan kehidupan masyarakat yang harmoni.

“Tunjang kepada usaha merealisasikan impian negara ini ialah usaha dan pengorbanan golongan pendidik hari ini.

“Kita berharap sepenuhnya kepada para guru terutama guru-guru di sekolah swasta agar sentiasa menanamkan nilai-nilai perpaduan serta patriotisme dalam jiwa anak-anak kecil ini.

“Bagi menyelesaikan masalah peruntukan yang dihadapi kebanyakan sekolah swasta di daerah ini, kita ambil maklum dan kita akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah serta Jabatan Pendidikan bagi memastikan semua sekolah swasta mendapat bantuan kewangan sewajarnya.”

Salleh berkata demikian ketika  merasmikan Majlis Konvokesyen Pendidikan Pra Sekolah Swasta Peringkat Daerah Kota Belud pada Sabtu.

img_6422
Pada konvokesyen itu, Salleh menyampaikan sijil tamat sekolah kepada 265 murid daripada 21 buah pra sekolah swasta di sekitar daerah berkenaan, di Dewan SJK (C) Chung Hwa.

Terdahulu, Salleh merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS dan menyampaikan sijil graduasi tamat pra sekolah melibatkan 814 murid dari seluruh daerah itu di Dewan Datuk Haji Musbah Haji Jamli.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda