Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Pesakit Hospital Melaka Terima Kit Wuduk, Tayamum

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 70 pesakit yang menerima rawatan di Hospital Melaka menerima sumbangan berbentuk Kit Wuduk dan Tayamum melalui Projek Ziarah Hospital oleh Budi Foward.

Pesakit Complex Regional Pain Syndrome (CRPS) Sazman Ismail, 50, berkata, dia amat gembira menerima kunjungan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut yang sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada mereka.

set-wuduk

Set Wuduk dan Tayamum Budi Forward.

 

“Kit wuduk ini dapat memberi kemudahan buat pesakit seperti saya untuk solat dengan sempurna memandangkan keadaan saya yang sukar bergerak selepas pembedahan,” katanya  yang telah menghidap penyakit berkenaan sejak tahun 2006.

Menurutnya, terdapat satu besi lima inci dan tujuh skru dipasang pada tangan kirinya yang akan menjadi ngilu setiap kali bergerak dan dia berharap pihak yang berkenaan dapat memberikan bantuan buatnya dari sudut teknikal dan juga penyelesaiannya.

1

“Doktor ada cakap penyakit ini 1,000 dalam satu. Jarang orang akan hadapinya. Saya cuma mohon adalah jalan penyelsaian untuk penyakit saya ini nanti,” ujarnya penuh harapan.

Pengasas Budi Forward, Ave Haryati Hashim berkata, ini merupakan kunjungan pertama mereka di luar Lembah Klang dan Hospital Melaka pula merupakan hospital keempat yang dilawati sepanjang lebih dua bulan Budi Foward didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

pengasas-budi-forward-3-dari-kiri

Pengasas Budi Forward, Ave Haryati Hashim (tiga dari kiri) bersama ahli kumpulannya.

 

“Selain memperkenalkan kit wuduk kepada pesakit, kita juga merasakan kit ini penting untuk memudahkan mereka yang susah ke tandas untuk mengambil wuduk dan sebagainya.

“Hari ini kita telah menyumbang kit wuduk dan tayammum termasuk air zam-zam berserta jambangan bunga segar buat pesakit di Wad A1 (Perubatan & Onkologi) dan wad A2 (Geriatrik dan Pemulihan),” ujarnya yang ditemui selepas mengedarkan kit tersebut di Hospital Melaka, pada Sabtu.

Jelas Ave lagi, setakat ini hampir 300 set jambangan bunga segar berserta kit wuduk dan tayammum serta kit sanitasi diedarkan. Sumbangan dana tersebut adalah hasil inisiatif kutipan derma orang ramai yang dikelolakan oleh Budi Foward.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda