Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Air Panas Cengkau

By 17 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Sapar Sutir
REMBAU, 16 Nov ( Malaysia Aktif ) – Kepercayan penduduk setempat bahawa kolam air panas Cengkau dapat menghilangkan sakit kulit, lenguh lenguh badan, melancarkan pengaliran darah, mengeringkan luka, mengurangkan kesan gout, sakit lutut, tumit, serta baik untuk budak yang selalu demam dan selsema menyebabkan ia menjadi tumpuan terutama pada hujung minggu.

Menurut seorang pengunjung yang di kenali dengan panggilan Abang Mat 53 dari Cheras Kuala Lumpur, boleh menghilang berapa penyakit kepada tubuh manusia kerana adanya belerang panas di dalamnya tetapi perlu diulang beberapa kali.

air-panas-cengkau-2

Kolam Air Panas Cengkau terletak di sebelah Sekolah Kebangsaan Cengkau, Kota, Rembau, Negeri Sembilan ke arah Bandar Tampin. Jarak dari Rembau 10 kilometer dan dari Seremban 35 kilometer.
Para pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai kaum serta lokasi termasuk dari luar Negeri Sembilan seperti Melaka juga Kuala Lumpur.

Istimewanya, tiada bayaran yang di kenakan untuk mandi air panas Cengkau, pihak pemilik tanah juga membina bilik untuk persalinan di kawasan berkenaan, kemudahan tempat letak kereta di sediakan oleh pemilik air panas Cengkau.

Rata rata pengunjung yang di temu amat berharap kawasan Air Panas Cengkau akan terus kekal sebegini, di harapkan juga tiada di kenakan bayaran untuk kemudahan orang ramai untuk mandi bagi menjaga kesihatan mereka.

-MRR

Tinggalkan komen anda