Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Guru Besar Penting Sebagai Peneraju Negara

By 8 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Nor Adilah Abdullah (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 7 November (MalaysiaAktif) – Peranan guru besar adalah sangat penting kerana golongan tersebut merupakan sebahagian daripada proses pelaburan ampuh kerajaan untuk memastikan dasar pendidikan negara berjaya.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsannuddin Mohd Harun Narrashid berkata, guru besar berperanan sebagai pelaksana dalam bidang pendidikan seterusnya menjadi penentu masa depan anak-anak yang bakal menjadi peneraju negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Guru besar, pengetua, guru-guru mungkin rasa diri kita kecil tetapi sebenarnya kita merupakan pelaksana untuk satu agenda paling besar negara.

“Ia sudah terbukti berjaya sejak kita merdeka lagi. Malah kita juga dapat lihat negara ini berada jauh kehadapan dalam bidang pendidikan berbanding negara lain yang lebih melabur kepada ketenteraan, kekuatan ketenteraan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Majlis Guru Besar Parlimen Kota Tinggi di Hotel Mayres di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kota Tinggi, Tugi Wagima, turut menyatakan tekad semua guru besar dalam daerah Kota Tinggi untuk berganding bahu bagi memastikan daerah itu menjadi yang terbaik dalam soal pendidikan.

“Sebagaimana yang dihasratkan Pegawai Pendidikan Daerah yang mahu sekolah dalam daerah ini setanding dengan sekolah dalam negeri dan negeri-negeri lain, kami bertekad untuk merealisasikannya,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Md Din Hussein.

– AH

Tinggalkan komen anda