Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Harapan Baharu Melalui ‘Menghubung Menyatu’

By 21 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh Siti Meriam Mohamad / Rosli Md Zain (Bachok)

BACHOK, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Kampung Chap Bachok yang sebelum ini tiada liputan telekomunikasi akan mendapat harapan baru melalui Program Menghubung Menyatu yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) yang merupakan salah satu strategi di bawah Strategi Lautan Biru (NBOS)  yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

Setiausaha Bahagian  Teknologi Komunikasi KKMM, Mazmalek Mohamad berkata “ Program ini merupakan inisiatif terbaru kerajaan dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang berpaksikan kepada prinsip berimpak tinggi, kos yang rendah dan perlaksanaan yang pantas dan mampan.

'Menghubung Menyatu' menyasarkankan lebih 80% penduduk sekitar menerima liputan internet menjelang 2020.

‘Menghubung Menyatu’ menyasarkankan lebih 80% penduduk sekitar menerima liputan internet menjelang 2020.

 

“KKMM melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan lebih 80% kawasan berpenghuni akan menerima liputan internet secara menyeluruh sebelum tahun 2020” katanya selepas menyempurnakan Program Menghubung Menyatu di Kampung Chap, Bachok semalam.

Program ini, memberi manfaat kepada rakyat kerana dapat bersemuka dengan agensi-agensi kerajaan melalui pameran dan perkhidmatan dari Jabatan-Jabatan dan Agensi Persekutuan seperti perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan derma darah dari Jabatan Kesihatan, pendaftaran pemilih dari Suruhanjaya Pilihanraya, pameran dan khidmat sosial dari Agensi Antidadah Kebangsaan, pameran dari SKMM dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Mazmalek beserta konvoi bermotosikal turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 20 buah keluarga yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan dan kemiskinan melalui aktiviti Ziarah Kasih yang turut disertai oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Parlimen Bachok, Awang Adek Hussin dan pemimpin-pemimpian tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kampung Chap, Haris Abdullah meluahkan rasa  amat terharu dan berterima kasih kepada pihak KKMM dan juga Jabatan Penerangan Negeri Kelantan kerana memberi nafas baru kepada penduduk dalam mendapatkan  talian telekomunikasi. Kemudahan talian komunikasi ini dapat menyelesaikan segala kesulitan perhubungan yang dialami penduduk sebelum ini.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda