Foto: BOOMSbeat
PUTRAJAYA, 23 Nov — Kementerian Luar mengesahkan dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damavand, Iran sejak Ahad lepas selepas mereka dipercayai berpecah.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Tehran berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuki membantu operasi mencari dan menyelamat serta akan terus memantau kes ini dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
“Kementerian ingin menekankan kepentingan warga Malaysia yang pergi atau tinggal di seberang laut supaya mendaftarkan diri dengan kedutaan atau pejabat konsul di negara itu terutamanya semasa keadaan kecemasan,” menurut kenyataan itu.