Skip to main content
Home

Jambatan Pejalan Kaki Runtuh, Empat Cedera

By 30 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam insiden runtuhan jambatan pejalan kaki yang sedang dibina di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum pada Rabu.

Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 3.30 petang Rabu.

Menurut Samsol, empat orang mengalami kecederaan, termasuk tiga daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh telah dikerah ke tempat kejadian.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/30/jambatan-pejalan-kaki-runtuh/

Tinggalkan komen anda