Skip to main content
Berita TempatanSabah

Mini Muzium Lundayeh Tarikan Baharu Sabah

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

 
SIPITANG, 6 Nov (Malaysiaktif) –“Selain mempromosi seni dan budaya etnik Lundayeh pada mata dunia kewujudan mini muzium di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) sebagai tarikan baharu pelancong ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata demikian ketika merasmikan Irau Rayeh Lundayeh Sabah Ke-13 dan Perasmian Rumah Panjang di sini, pada Sabtu.

img_6414

Tambahnya, usaha berkenaan juga akan menjadi pemangkin ekonomi Sabah memandangkan Daerah Sipitang merupakan pintu masuk bagi pelancong seperti Sarawak, Brunei Darussalam dan Indonesia.

“Inisiatif dengan kerjasama Jabatan Muzium Negeri Sabah tersebut sekali gus membuktikan kerajaan komited dalam usaha memelihara keunikan warisan turun-temurun.

“Kerajaan mengalu-alukan persatuan mahu pun badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan program, membina rumah tradisi, rumah budaya dan sebagainya.

img_6416

“Bagi tujuan memperkasakan kesenian dan kebudayaan, kepentingan semua lapisan masyarakat tetap kita berikan perhatian dan pembelaan tanpa mengira suku kaum dan etnik.

“Kita yakin kewujudan mini muzium ini akan memberi banyak manfaat kepada etnik Lundayeh sebagai usaha mewariskan seni dan budaya mereka kepada generasi depan.

“Kita juga percaya mini muzium ini mampu mempromosikan budaya etnik minoriti ini menerusi pameran budaya serta inap desa yang ditawarkan di kompleks tersebut, secara tidak langsung dapat menarik pelancong yang melalui kawasan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT),” jelasnya.

Musa turut mengumumkan komitmen Kerajaan Negeri untuk meluluskan peruntukan mengikut prioriti.

“Apa juga kehendak dan keperluan sesuatu kelompok kaum dan etnik, boleh disalurkan mengikut saluran yang ada termasuk menerusi persatuan ataupun wakil rakyat di sesuatu kawasan.

“Bagi Kerajaan Negeri, kita akan memberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya untuk merealisasikan kewujudan mini muzium ini,” ujar beliau.

img_6417

Beliau turut menyeru masyarakat agar bekerjasama mengekalkan keharmonian antara kaum bagi menjamin keamanan dan pembangunan yang berterusan.

Sementara itu, Presiden PLKS, Datuk Pengiran Lalung berkata kompleks tersebut dibina secara berperingkat sejak 2012 yang merangkumi sebuah dewan dan sebuah rumah panjang yang kini dibuka untuk disewa bagi majlis keraian, perkahwinan, keagamaan dan sebagainya dengan perkhidmatan inap desa.

Irau Rayeh Lundayeh Sabah merupakan satu lagi perayaan budaya masyarakat Sabah yang diadakan secara dwi tahunan dan menghimpunkan wakil-wakil persatuan etnik berkaitan dari Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia.

SF

Tinggalkan komen anda