Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Harap SESB Segera Selesai Masalah

By 17 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh? Mohammad Abd.Rahman (Sabah)

BONGAWAN, 16 Nov (Malaysiaktif) – “Terima kasih kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerana sudi mendengar dan menerima keluhan kami, diharap permasalahan yang kami alami dapat diselesaikan segera”.

Demikian luahan hati beberapa pemimpin masyarakat, iaitu Pengerusi JKKK Kampung Langkawit Agustine Jahando, 67, Kapitan Cina Pekan Bongawan Ian So, 69, Pengerusi JKKK Kampung Brunei Kimanis Hamzah Daud, 65 dan Pengerusi JKKK Kampung Penampang Baru Jeno Miajim, 56.

Luahan rasa terima kasih tersebut merupakan harapan daripada penduduk kampung terbabit yang inginkan permasalahan bekalan elektrik dapat dibaiki oleh agensi berkenaan.

img_7162
Sementara itu, Pengurus Kanan SESB Zon Metro (Daerah Papar dan Kota Kinabalu), Abdul Liman Awang Yusof, menjelaskan pihaknya menerima pelbagai aduan di kawasan terbabit.

“Kami banyak terima aduan dan sebab itulah kita melalui bahagian komunikasi koporat SESB, turun padang lihat sendiri masalah yang dihadapi dan membantu menyelesaikannya.

Liman menjelaskan pada 2016, sejumlah 25.2 Mega Watt bekalan tenaga elektrik telah disalurkan kepada lebih 29,532 pengguna di kawasan terbabit.

“Manakala dua pencawang Masuk Utama, PMU, 3 pencawang penurun utama, PPU dan 375 pencawang 11KV telah pun dibina bagi menangani masalah penyusutan voltan di daerah ini.

Katanya semasa hadir ke program taklimat SESB bersama pemimpin Komuniti, Bongawan di Pejabat Perhubungan DUN Bongawan pada Selasa.

img_7163
Tambahnya, satu projek PPU 11Kv berharga RM 4.4 juta di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar BELB siap 75 peratus dibina di Pekan Bongawan dijangka beroperasi sepenuhnya tahun hadapan.

“Manakala pemasangan Lampu Jalan Kampung sahaja lebih 1,879 lampu di daerah ini siap dipasang berdasarkan permohonan yang diterima melalui projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” ujarnya.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Melagui, Sapri Nasar, 41, penduduk berterima kasih atas tindakan SESB turun padang melihat dan mendengar permasalahan masyarakat luar bandar ini.

“Pertemuan ini penting kepada kami meluahkan perasaan dan inginkan jawapan kepada masalah yang dialami”, Katanya.

Sementara itu, ADUN selaku Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohammad Hj Alamin, menyambut baik langkah SESB tersebut demi memberi pencerahan menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Kita harap dialog ini membantu pemimpin setempat memberi penjelasan kepada penduduk kampung agar masyarakat faham perkara sebenar,” katanya.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda