Skip to main content
Berita TempatanWilayah Persekutuan

Semua ini ke Arah PRU-Hishammuddin

By 29 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Malaysiaaktif) – “Semua ini ke arah Pilihan Raya Umum (PRU). Solidariti parti, tanggungjawab, kritikan terhadap kita dan menjaga rumah tangga kita untuk memastikan perancangan gerak kerja kita”.

Naib Presiden UMNO
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demikian apabila diajukan berkenaan taklimat yang berlangsung pada hari pertama Persidangan Agong UMNO (PAU) yang berlangsung di PWTC hari ini.

“Sekiranya kita tak mendapat mandat dalam pilihan raya akan datang jawatan apa yang kita pegang dalam parti ini pun tiada makna,” tambahnya.

Hishammuddin turut menjelaskan taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai pembuka tirai.

“Presiden bercerita dan berinteraksi dengan kita dari hati ke hati. Bahasa tubuh dan tindak balas yang saya terima daripada perwakilan amat melegakan.

 

Taklimat Presiden Pau 2016. Foto: Hafiz Itam

Taklimat Presiden PAU 2016. Foto: Hafiz Itam

“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Persiapan Perhimpunan Agung kali ini saya dapat merasai sendiri tekanan tahun lepas mungkin tak sama untuk tahun ini. Saya harap dapat terjemahkan kepada perbahasan yang lebih penuh dengan pengisian dan untuk melihat ke hadapan.

“Presiden juga mahu kita merapatkan barisan melihat kepada perkara-perkara yang akan menyentuh kita dalam kita melihat ke hadapan. Juga memerlukan kita menjawab tuduhan dan kritikan serta pendirian.

“Ramai yang sebelum ini bersama-sama dengan kita yang mempunyai pendirian yang tidak konsisten sedikit sebanyak itu mesti didedahkan bukan sahaja kepada ahli kita tetapi juga kepada orang ramai di luar sana,” jelasnya.

PAU 2016 telah membuka tirainya pada hari ini dan bakal berakhir pada Sabtu.

AAS

Tinggalkan komen anda