Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Belia Disaran Miliki Aset Di Usia Muda

By 15 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan /foto oleh Zaharah Ismail dan Azri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 15 Disember (Malaysiaaktif) – Pada usia hanya 24 tahun, Foo Hao Yang tidak menyangka dirinya terpilih untuk membuat cabutan undi semasa Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Gembira 737 di sini hari ini.

“Pada awalnya saya tidak menyangka terpilih, namun selepas hadir pada Majlis Pelancaran hari ini, saya sedar, selangkah sahaja lagi saya bakal memiliki rumah yang saya idamkan di kawasan yang sangat strategik di bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.

Foo Hao Yang (kiri), Pua Yong Wai (tengah) dan Fan Mei Yin (kanan) antara pemohon yang menghadiri Sesi Cabutan Undi

Foo Hao Yang (kiri), Pua Yong Wai (tengah) dan Fan Mei Yin (kanan) antara pemohon yang menghadiri Sesi Cabutan Undi.

 

Bwerikutan kejayaannya, Hao Yang menyarankan para belia mengambil peluang untuk memiliki aset seperti rumah sendiri di usia muda sebagai kemudahan untuk hari mendatang.

“RUMAWIP Residensi Gembira 737 ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh para belia seperti saya yang baru melangkah ke alam pekerjaan,” ujar Hao Yang lagi.

Sebanyak 892 permohonan telah diterima semenjak permohonan projek ini dibuka melalui lama sesawang https://rumawip.kwp.gov.my/ pada Oktober 2016 berbanding 638 unit Rumah Mampu Milik yang ditawarkan.

pemohon-pemohon-rumawip-residensi-gembira-737-di-majlis-pelancaran-dan-sesi-cabutan-undi

Pemohon-pemohon RUMAWIP Residensi Gembira 737 di Majlis Pelancaran dan Sesi Cabutan Undi.

 

Residensi Gembira 737 ini menawarkan kediaman berkeluasan 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu parkir berbumbung pada harga RM300,000 seunit.

Projek perumahan yang berketinggian 46 tingkat ini sekaligus menjadikannya antara bangunan tertinggi di kawasan Parlimen Seputeh.

Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, status permohonan projek yang baik ini secara tidak langsung menunjukkan usaha kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya.

Tambah Adnan, selain lokasi projek yang strategik, status pegangan tanah kediaman RUMAWIP adalah pegangan kekal yang menjanjikan peningkatan nilai hartanah yang tinggi kepada pembeli bertuah pada masa hadapan.

“Saya menasihatkan para pembeli supaya tidak mengambil peluang dengan menjual segera kediaman ini dan patuh kepada tempoh moratorium atau sekatan penjualan yang telah ditetapkan, iaitu selama 10 tahun.

“Langkah ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan kediaman yang dapat memiliki hartanah serta mencegah spekulasi hartanah berlaku sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama pemohon bertuah dan pemaju RUMAWIP Residensi Gembira 737.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama pemohon bertuah dan pemaju RUMAWIP Residensi Gembira 737.

 

Projek RUMAWIP Residensi Gembira 737 ini merupakan projek di bawah Dasar RUMAWIP yang dibangunkan secara sepenuhnya atas tanah swasta persendirian berstatus pegangan kekal oleh Tetuan 737 Development Sdn Bhd.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda