Skip to main content
HomeViral

Ditinggalkan Ibu: “Tiada Siapa Sudi Jaga Kami”

By 29 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

MELAKA, 29 Dis — Ditinggalkan oleh ibu mereka, dua adik-beradik dari Jasin ini terpaksa berpindah-randah dari satu rumah ke rumah lain sehingga akhirnya ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Semabok dekat sini.

Di sana, mereka melihat ramai kanak-kanak lain yang lebih muda diambil sebagai anak angkat. Namun, mereka berdua terus sendirian.

Kini, selepas lima tahun, mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di sebuah rumah anak yatim. Dan, mereka tidak sedikit pun merungut dengan kehidupan di sana.

Munisha, 15, dan Logadarshini, 12, berkata, mereka ditinggalkan hanya beberapa bulan selepas bapa mereka meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Pada masa itu kami masih kecil dan ibu saya menyerahkan kami kepada kakaknya. Makcik kami tak berminat untuk menjaga kami kerana menganggap kami sudah besar.

“Kemudian kami berdua dihantar dari satu rumah saudara ke rumah saudara yang lain dan semua mereka tak berminat untuk menjaga kami,” kata Munisha, sambil menambah rakan-rakan bapanya juga enggan menerima mereka kerana faktor usia pada ketika itu.

“Kawan bapa kami juga meninggal dunia pada masa yang sama dia meninggal dunia. Tetapi dua anaknya yang masih bayi dan seorang lagi berusia satu tahun setengah telah diambil sebagai anak angkat,” katanya.

“Sebagai seorang yang lebih tua, saya hanya boleh memujuk adik saya apabila dia bersedih memikir nasib kami yang tidak diterima sesiapa,” katanya.

Katanya, salah seorang daripada saudara-maranya memutuskan untuk menghantar mereka ke rumah kebajikan di mana mereka telah tinggal di sana sejak 2011.

“Ketika masih hidup, bapa amat sayangkan kami tetapi keadaan berubah apabila dia meninggal dunia. Kami telah diabaikan, dibenci dan tiada penjaga. Tiada siapa mahu mengambil kami,” katanya.

Katanya, dalam beberapa kes, mereka juga telah disalahgunakan.

Logadarshini berkata dia hanya berusia enam tahun apabila ditinggalkan si ibu, tetapi ramai yang masih tidak berminat untuk menjaganya.

“Kebanyakan saudara-mara saya melihat saya sebagai ‘sudah besar’ dan enggan menerima saya sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

“Tetapi sekarang saya tidak lagi bimbang tentang perkara ini, saya gembira di rumah ini bersama anak yatim lain yang berkongsi nasib yang sama,” katanya.

Dua adik-beradik ini berkata, mereka perlahan-lahan telah belajar untuk menerima status sebagai anak-anak yatim.

Masa telah menyembuhkan penderitaan yang ditanggung mereka sebelum ini.

“Sekarang, saya sudah remaja dan adik saya berusia 12 tahun. Beberapa tahun lagi, kami akan dapat berdiri di atas kaki sendiri,” kata Munisha sambil memegang tangan adiknya ketika ditemui di kediamannya, Rabu.

Selain pasangan adik-beradik ini, rumah ini juga menjaga kanak-kanak yang diabaikan selepas mereka melepasi usia enam tahun.

Kebanyakan kanak-kanak itu juga dihantar oleh ibu mereka.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/29/tiada-siapa-sudi-jaga-kami/

Tinggalkan komen anda