Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hospital Segamat Perlu Berdaya Tahan

By 6 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 6 Disember (Malaysiaaktif) – Episod banjir besar di beberapa daerah di Johor telah menyaksikan penglibatan MERCY dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

“Tidak dinafikan sumbangan dan komitmen MERCY dalam memberi bantuan kemanusian walaupun dalam situasi membahayakan sebagaimana insiden yang berlaku ke atas pengasas MERCY sendiri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang ditembak ketika menjalankan misi sukarelawan MERCY di Iraq”

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pemanis, Lau Chin Hoon.

Menurutnya, Johor juga tidak terlepas daripada pelbagai bencana yang memerlukan kesiapsiagaan penuh dan berkesan.

Walaupun bencana banjir tidak diharapkan, namun keadaan cuaca pada hujung tahun ini menjadikan Hospital Segamat sebagai salah satu aset penting dalam komuniti agar berdaya tahan dan mampan.

Mengambil inisiatif menjayakan bengkel “Making Hospital More Resilient, Hospital Segamat Is Getting Ready” selama 2 hari mulai Jumaat lepas, kerjasama antara MERCY Malaysia dan Hospital Segamat seharusnya dicontohi semua pihak.

Tambah Lau, Daerah Segamat amat memerlukan program seperti ini kerana daerah ini adalah salah satu daerah yang kerap mengalami banjir terutama pada hujung tahun.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Roshaimi Merican A.Rahim Merican, bengkel ini merupakan usaha menjadikan Hospital Segamat sebagai hospital yang berdaya tahan (Resiliant Hospital) dalam menghadapi bencana dengan memantapkan kesiapsiagaan Jabatan Kesihatan Negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah NADMA Malaysia (Agensi Pengurusan Bencana Negara), Mohd Ariff Baharom dan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Ir. Amran Mahzan.

– AH

Tinggalkan komen anda