Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Bahru Dilanda Ribut

By 6 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Rabiaton Adawiah Ahmed Tajudin

JOHOR BAHRU, 6 Disember (Malaysiaaktif) – Hujan disertai ribut telah melanda Johor Bahru di beberapa kawasan sekitar Bandar Baru Uda, Taman Daya, Taman Mount Austin, Taman Bukit Mutiara dan Kawasan Perindustrian Tebrau 1 & 4 dan Larkin.

Kejadian yang berlaku pada lewat malam semalam telah menyebabkan banyak papan tanda dan pokok tumbang serta menghempap beberapa kereta dan bumbung rumah penduduk.

whatsapp-image-2016-12-06-at-12-02-38-pm

Antara tempat yang terjejas dengan kejadian pokok tumbang ialah kawasan berhampiran gedung Jakel, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Masjid Taman Daya, Pejabat Daerah Johor Baru dan Kawasan Perindustrian Tebrau 1.

Operasi pembersihan pokok-pokok tumbang dan pembersihan kawasan sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), SWCorp dan Southern Waste Management (SWM).

whatsapp-image-2016-12-06-at-12-02-37-pm

Kejadian walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

– AH

Tinggalkan komen anda