Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Jadikan Perpecahan Negara Lain Sebagai Pengajaran – Musa

By 13 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nur Effa Maruf & Johnny George Kimlon (Sabah)

BEAUFORT, 13 Dis (Malaysiaktif) – Perpecahan yang berlaku di sesetengah negara Islam kini hendaklah dijadikan sebagai pengajaran kepada seluruh rakyat khususnya di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, negara-negara yang telah musnah akibat sengketa mahukan semula keamanan yang sebenarnya sangat berharga.

“Akibat ghairah berpecah, mengabaikan nilai ukhuwah dan menganggap enteng perpaduan ummah, maka kesan yang diterima ialah kekacauan dan kemusnahan.

Musa menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Musa menyampaikan hadiah kepada para pemenang

 

“Selain itu, ikatan kita dengan saudara yang tidak seagama dengan kita juga amat penting untuk terus dijaga.

“Nabi Muhamad SAW memberikan contoh yang amat baik hubungan dengan rakan yang bukan seagama dengan jaminan kebersamaan hak dan keharmonian pergaulan menerusi Piagam Madinah yang dizahirkan oleh baginda demi perpaduan hidup pelbagai kabilah dan agama.

“Sabah negeri unik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menjadi contoh yang sebenar mengenai keharmonian serta perpaduan dan inilah kekuatan yg perlu kita pertahankan.

“Justeru, usaha kerajaan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengajak umat Islam mencontohi keperibadian dan kepimpinan baginda seiring matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak dan berkemahiran tinggi,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1438H/2016M di sini, pada Isnin.?

Tambahnya, kemajuan dan kecemerlangan ummah yang ada pada hari ini tidak dicapai dengan mudah, sebaliknya memerlukan transformasi minda dan tindakan, komitmen dan perancangan teliti serta usaha berterusan.

Antara persembahan nasyid yang berlangsung

Antara persembahan nasyid yang berlangsung

 

“Apa yang pasti, kejayaan pada masa hadapan bukanlah terletak kepada kekayaan sumber alam semata-mata tetapi bergantung pada kekayaan ilmu pengetahuan dan kualiti modal insan yang akan menjayakan pembangunan dan kemajuan,” ujarnya.?

Dalam pada itu, Musa turut menyatakan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah SAW telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya termasuk melakukan transformasi sosial, ekonomi, sistem politik dan pentadbiran untuk diteladani umat manusia.

Musa juga mahu semua rakyat di Sabah memanfaatkan sebaik-baiknya pelbagai kemudahan dan insentif yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan.

Pada majlis itu, 73 kontinjen yang melibatkan seramai 4,500 peserta berarak sepanjang 3.5 kilometer bermula dari Dataran Bagandang hingga ke Dewan Datuk Seri Haji Mohd Dun Banir dengan tema ‘Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’

 

-SF

Tinggalkan komen anda