Skip to main content
Berita TempatanSabah

Terima Kasih, Saya Mahu Berjaya Macam Datuk – Aeron

By 13 Disember 2016Disember 18th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohammad Abdul Rahman (Sabah)

PAPAR, 13 Dis (Malaysiaktif) – “Terima kasih Datuk Rosnah!”, ujar adik cilik Aeron Searan, 7, dari Kampung Tanaki yang mencuri tumpuan ramai apabila Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin duduk bersamanya.

“Saya bercita-cita mahu jadi seperti Datuk bila besar nanti,” katanya lagi, apabila dihampiri oleh Datuk Rosnah semasa menyampaikan bantuan persekolahan pada majlis ‘Back to School’ di Dewan Masyarakat pagi semalam.

Gelagat penerima bantuan paling kecil yang hadir tersebut berjaya mencuit hati Rosnah selaku penganjur program tersebut untuk mengambil gambar kenangan bersamanya.

2. Rosnah,( tengah) bersama Nizam (kanan) Adenan (dua kiri) Ketua Puteri UMNO Papar, Azean ( dua kanan) Hendry ( dua kiri) mengambil gambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan sekolah dalam program Back to School dewan Masyarakat Papar semalam.

Rosnah,( tengah) bersama Aeron dalam program Back to School di Dewan Masyarakat Papar semalam.

Aeron Searan merupakan penerima bantuan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tanaki merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman dengan jarak perjalanan sejauh 25 kilometer dari pekan Papar.

Selain SK Tanaki, SK Sacret Heart Biau, SK Benoni, antara 32 buah sekolah rendah terpilih di kawasan Parlimen Papar dijemput hadir menerima bantuan keperluan asas sekolah anjuran Pusat Perkhidmatan Parlimen Papar bersama PLUS Malaysia Berhad.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, Hadi Kassim menjelaskan lebih 1000 penerima bantuan dikenal pasti akan menerima bantuan berupa kasut, baju, seluar dan beberapa peralatan keperluan asas sekolah.

Rosnah,( tengah) bersama Nizam (kanan) Adenan (dua kiri) Ketua Puteri UMNO Papar, Azean ( dua kanan) Hendry ( dua kiri) mengambil gambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan sekolah dalam program Back to School dewan Masyarakat Papar semalam.

Rosnah(tengah) mengambil gambar kenangan bersama penerima bantuan sekolah dalam program Back to School semalam.

Proses agihan seterusnya akan dibuat melalui sekolah dan pejabat pusat perkhidmatan parlimen,” kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak PLUS Malaysia berhad atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kepada PLUS kerana sedikit sebanyak bantuan ini membantu persiapan ibu bapa menghadapi sesi persekolahan awal tahun depan, kata beliau ketika berucap merasmikan program terbabit.

Seramai 500 pelajar hadir bersama ibu bapa mewakili penerima kawasan DUN Pantai Manis serta Kawang.

-SF

 

Tinggalkan komen anda