Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Forest City Bakal Wujudkan 200,000 Peluang Pekerjaan

By 6 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zahid Othman / Foto oleh: Mohd Najib Mohaini (Gelang Patah)

GELANG PATAH, 6 Disember (Malaysiaaktif) – Projek Forest City akan mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang menjelang 2035.

Forest City memulakan kerjasama dengan 36 organisasi daripada pelbagai industri dalam usaha menuju ke arah pembinaan bandar pintar dan hijau pertama negara di empat pulau buatan manusia.

Rakan-rakan strategik ini terdiri daripada industri perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, pelancongan, perkhidmatan kewangan, teknologi baru, bandar pintar serta bangunan hijau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan majlis menandatangani inisiatif strategik ini, kemudiannya merasmikan pembukaan Hotel Phoenix, di sini hari ini.

img_9290

Terletak di salah satu pulau buatan projek Forest City dengan keluasan 4.23 ekar, hotel ini menyediakan 280 bilik kepada pelanggan.

Hotel Phoenix dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kepada penduduk tempatan, sekali gus merangsang industri pelancongan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Turut hadir, Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

– AH

Tinggalkan komen anda