Skip to main content
Home

RM500 Untuk Kakitangan Awam Negeri Sembilan

By 5 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

SEREMBAN, 5 Dis — Pemberian khas sebanyak RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan awam di Negeri Sembilan termasuk mereka yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan dibayar akhir bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

“Saya ingin terus menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk lebih proaktif, bersedia menawarkan perkhidmatan dan mendengar sendiri keluh-kesah rakyat,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Mohamad berkata, penjawat awam di negeri ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan perancangan yang disediakan kerajaan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas daya usaha semua penjawat awam di negeri ini yang telah bersama-sama menggalas amanah untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

 

– Bernama

Tinggalkan komen anda