Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

PAU 2016: Jualan Amal Turut Jadi Tumpuan

By 1 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 1 Disember (Malaysiaaktif) – Membeli sambil beramal merupakan amalan yang perlu ditanam dalam diri setiap individu.

Prihatin dengan keselesaan hidup kanak-kanak yang kurang berkemampuan, Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA) telah mengadakan jualan amal di Karnival Jualan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut ahli jawatankuasa BAKASA, Datin Juriah Jamil, biarpun hanya menyertai jualan secara kecil-kecilan, namun sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan badan amal berkenaan.

“Kalau jual beg, ramai lagi orang jual beg, Tetapi apabila kita beritahu orang bahawa kita ini badan amal, barulah orang tertarik… Kita nak tanam sifat beramal dalam diri seseorang itu,” katanya.

Antara barang-barang yang dijual di gerai BAKASA.

 

Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RuKTAA) kendalian BAKASA yang bertempat di Raub, Pahang telah dibina semenjak 2008 dan boleh menempatkan seramai 70 kanak-kanak, berumur antara tujuh hingga 18 tahun.

“Nak maintain sebuah rumah itu kosnya tinggi, saya tak tahu tentang rumah lain, tetapi di BAKASA ini kami jaga sepenuhnya daripada pendidikan, agama sehinggalah tingkatan lima,” jelas Juriah lagi.

Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah di jualan murah PAU 2016.

Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah di jualan murah PAU 2016.

 

Dalam pada itu, menurut peniaga sampin songket India yang telah empat kali menyertai Karnival Jualan PAU, Kartina Abd Kadir, jualan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Tahun ini kita bagi harga tawaran murah lagi, biasa kita jual harga RM290, kali ini kita bagi harga istimewa pada pelanggan, RM150 dengan design pun lawa-lawa,” katanya.

Peniaga kain pasang yang telah lima tahun berniaga dia Karnival Jualan PAU, Siti Hajar Abdullah, turut berkongsi pendapat yang sama.

“Sambutan tahun ini memang sangat meriah. Untuk hari ketiga kami tawarkan harga borong, memang harga murah. Yang 3 pasang-RM100 jadi 5 pasang-RM100, 6 pasang-RM100, daripada 2 pasang-RM100 jadi 3 pasang-RM100,” jelas Siti Hajar.

ahli-jawatankuasa-umno-alor-gajah-hashim-mohd-saad

Ahli Jawatankuasa UMNO Alor Gajah, Hashim Mohd Saad.

 

Sementara itu, ahli jawatankuasa UMNO Alor Gajah, Hashim Mohd Saad yang ditemui wartawan Malaysiaaktif turut tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di sini.

“Harga yang ditawarkan cukup memuaskan hati, menepati harapan orang-orang yang datang di samping mendengar ucapan-ucapan presiden-presiden dan juga pembahas-pembahas, mereka juga dapat terhiburlah dengan apa yang disediakan di persidangan ini untuk dibawa pulang.

“Pada saya cukup berpatutan, kalau nak dapat di luar, saya rasa agak sukarlah dengan harga yang ditawarkan di sini,” jelas Hashim.

Karnival Jualan PAU 2016 yang dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam ini akan berakhir pada Sabtu ini.

 

Tinggalkan komen anda