Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala Lumpur

Perlis Bagi Insentif RM200,00 Kepada Wira Paralimpik Negara

By 1 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Foto: PNB

 

 Laporan oleh Mohd Azhar Abu Yazid

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Perlis hari ini menyerahkan insentif tunai keseluruhan berjumlah RM200,000 kepada atlet Paralimpik yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik 2016, Rio de Janeiro, Brazil pada September lalu.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hadir untuk menyerahkan insentif tersebut kepada dua orang wira Paralimpik yang juga merupakan anak jati Perlis, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly semasa Majlis Penyerahan Insentif Atlet Paralimpik di Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB) di sini hari ini.

Kedua-dua atlet ini menerima insentif tunai berjumlah RM100,000 seorang yang dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) masing-masing.

Selain itu, mereka juga bakal menerima sebuah rumah bernilai RM300,000 yang akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.

Menurut Azlan ketika ditemui pihak media selepas majlis tersebut, “Kerajaan negeri akan berbincang dengan kedua-dua atlet bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk mereka di Perlis.”

Mohamad Ridzuan mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama meraih pingat emas dalam acara lumba lari 100 meter, manakala Abdul Latif memenangi pingat emas ketiga negara dan melakar sejarah apabila berjaya memecah tiga rekod dunia dalam acara lompat jauh.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad serta pengurusan tertinggi PNB dan ASNB.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda