Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Sultan Selangor Mahu Pembinaan Hospital Dipantau Demi Rakyat

By 1 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh Mohamad Zairin Mohamad Zin/ Jaitripta Kaur  Foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin & Aziz A.Shariff

SHAH ALAM, 1 Dis (Malaysiaaktif) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru seluruh rakyat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan seimbang dan selalu bersenam. Baginda bertitah bahawa dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kualiti hidup akan menjadi lebih baik untuk menyumbang kepada masyarakat dan keluarga. bf5fd29f-35f2-4b6f-b338-c6f87e6b895c Dalam pada itu baginda menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dan mengelakkan diri daripada menggunakan ubat-ubatan yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Baginda turut menegaskan supaya agensi pelaksana projek pembinaan hospital memantau dengan teliti perlaksanaan serta penyelenggaraan projek bagi menjamin keperluan perubatan kepada rakyat tidak membebankan mereka memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Hospital Shah Alam (HSA) petang tadi. 649219eb-298e-49bf-9ea9-90f64ea3907f Hospital tersebut mula beroperasi lewat tahun lalu setelah pembinaannya tergendala pada 2007 disebabkan kontraktor pertama yang dilantik gagal menyudahkan kerja-kerja. Ekoran penangguhan tersebut, kos pembinaan HSA bertambah sebanyak RM67 juta manakala kontrak asal projek berharga RM482 juta. HSA menawarkan perkhidmatan kesihatan dengan kapasiti 300 buah katil, selain mempunyai 13 jenis perkhidmatan pakar seperti­ pediatrik, optamologi, ginekologi dan obstetrik selain mempunyai 1,268 kakitangan meliputi 300 orang doktor dan 60 pakar perubatan pelbagai bidang. Majlis hari ini turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.  

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda