Skip to main content
Home

Nombor Plat Patriot 1 Bernilai RM1.3 Juta Jadi Tarikan

By 1 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Malaysiaaktif) — Nombor Plat Patriot 1 dipegang oleh  Sekretariat Yayasan Patriot Negara, Mohammad Mirzan Johor, 20, menjadi tarikan orang ramai yang mengambil peluang bergambar kenangan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di sini.

Antaranya, jurufoto Wira Ismail, yang ketika melewati sudut pameran PAU terserempak dengan Mirzan memegang nombor plat Patriot 1, lalu terus meminta izin untuk mengambil gambar tanpa menyedari harganya mencecah lebih sejuta ringgit.

Mirzan yang ditemui petang tadi berkata Wira antara ribuan yang hadir di PWTC dan menunjukkan minat terhadap nombor plat istimewa berharga RM1.38 juta itu.

64750cbc-80c0-4032-93c1-de873524e825

Wira bersama plat Patriot 1 di PWTC.

 

“Banyak lagi nombor menarik, seperti Patriot 69 kerana kami yang merupakan Sekretariat daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia datang ke PAU 2016 sejak Selasa untuk mempromosikan jualan nombor plat Patriot 1 hingga Patriot 9999.

“Keistimewaan plat ini, selain keunikan nombor dan perkataan Patriot itu sendiri terdapat juga perkataan Malaysia Tumpah Darahku serta perkataan yang menjadi pilihan pembeli seperti Puteri UMNO atau Putera UMNO.

Mirzan turut menyatakan pihaknya memberikan harga promosi sempena PAU kali ini.

e0fc8e4f-6a06-42c1-9149-ba976bc7a4b0

“Sempena PAU, kami mengadakan promosi “kaw-kaw” sehingga 80%. Plat nombor Patriot ini dijual daripada RM200 sehingga RM1.38 juta,” kata Mirzan.

 

“Sempena PAU, kami mengadakan promosi “kaw-kaw” sehingga 80%. Plat nombor Patriot ini dijual daripada RM200 sehingga RM1.38 juta.

Sehingga kini antara yang paling tinggi dijual ialah Patriot 7 dengan harga RM150 ribu, yang paling rendah RM200 dengan nombor ‘rojak’ yang tidak diulang seperti 4639.

“Lebih 4,000 nombor plat telah terjual kepada tak kira muda hingga tua, tak kira dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ada yang beli dua semalam dan datang kembali untuk membeli satu lagi hari ini.

Menyentuh sebab pembelian, Mirza berpendapat perkataan Patriot itu sendiri menarik perhatian pembeli.

“Rata-rata yang beli kerana patriot itu sendiri bermaksud cinta akan negara. Mereka ini pula terdiri daripada rakyat Malaysia. Jadi mereka menyokong penjualan nombor plat ini oleh sebab ingin menunjukkan rasa cinta kepada negara.

“Kesemua jualan yang kita dapat ni adalah untuk menampung aktiviti-aktiviti Yayasan Patriot Negara seperti program gotong-royong, kebajikan, irama patriotik bersama orang buta, dan futsal.

“Sasaran kita ialah RM50000 sehari, tetapi memang nampaknya agak sukar nak capai. Jika nak buat perbandingan penjualan jauh lebih bagus pada tahun lepas.

“Saya harap dalam masa dua hari lagi lebih ramai yang akan menyokong pihak yayasan untuk membuat kebajikan,” ujarnya yang turun bersama sembilan lagi Sekretariat untuk bertugas sepanjang PAU 2016.

Memasuki hari yang ketiga, PAU 2016 turut dimeriahkan dengan jualan menarik seperti pakaian, produk kesihatan, makanan dan pameran yang berlangsung sehingga Sabtu ini.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda