Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Wartawan Beretika Pembina Negara Bangsa – Sapawi  

By 14 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Penyampaian hadiah Kategori Foto Terbaik.

 

Oleh Hazlinah Samsir & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Disember (Malaysiaktif) –  Wartawan yang berpegang kepada etika kewartawanan dalam setiap penulisan yang disebar luaskan mampu membina sebuah sebuah Negara Bangsa yang harmoni dan bertamadun.

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Exco Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, menyatakan bahawa kewartawanan diakui berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa.

muda1

Penyampaian Cenderahati oleh Ibrahim (tengah) kepada Sapawi sambil diperhatikan Yunus (paling kanan).

 

“Melalui penulisan yang dihasilkan ianya mampu membangkitkan kesedaran, mempertahankan kedaulatan dan berupaya meruntuhkan ketamadunan.

“Para wartawan perlu sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan itu sendiri untuk menjadi seorang yang matang ke arah melahirkan masyarakat berhemah, bermaklumat dan harmoni.

muda2

(Tengah), Yunus, (Dua dari kiri) bersama pemenang Rencana Bahasa Malaysia.

 

“Wartawan perlu sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi penyampai mesej yang memesongkan isu dan menimbulkan kekacauan, jadilah wartawan yang jujur, dinamis dan penegak keamanan dan janganlah jadi wartawan yang tidak nasionalistik,” Katanya pada Perasmian Majlis Malam Anugerah Wartawan Muda Jabatan Penerangan – Kumpulan Yayasan Sabah di Putera Ballroom, Bukit Padang pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato Ibrahim Abdul Rahman, menjelaskan bahawa para wartawan mempunyai peranan yang amat penting.

muda3

Francis (Tengah) bersama pemenang Rencana Bahasa Inggeris.

 

“Para wartawan dapat menentukan jatuh bangun sesebuah negara dan menjadi jambatan penghubung yang sangat efektif di antara kerajaan dan rakyat,”jelasnya.

Pada majlis tersebut, Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) dan Kumpulan Yayasan Sabah mengiktiraf sumbangan media melalui penganjuran Majlis Anugerah Wartawan Muda Jabatan Penerangan – Kumpulan Yayasan Sabah.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Rencana Bahasa Malaysia, Rencana Bahasa Inggeris, Foto Terbaik dan Dokumentari Terbaik (Penyiaran).

muda4

Penyampaian hadiah Kategori Foto Terbaik.

 

Kategori Rencana Bahasa Malaysia dimenangi oleh Suraidah Roslan dan S.Connie Pearl dari Utusan Borneo dengan tajuk rencana “Keselamatan Sabah Jadi Keutamaan Penambahan Aset Ketenteraan Sedang Digiatkan”.

Bagi Kategori Rencana Bahasa Inggeris pula, dimenangi oleh Mariah Airiens Doksil dari The Borneo Post dengan rencana yang bertajuk “Preserving Mother Nature Where Others Have Failed”.

Manakala, Kategori Foto Terbaik dianugerahkan kepada Malai Rosmah Binti Tuah dari NSTP dengan tajuk foto beliau, “Sambutan Hari Jadi TYT Meriah”.

muda6

Datuk Sapawi sempat bergambar kenangan bersama para penerima anugerah.

 

Kemuncak majlis malam itu merupakan penyampaian anugerah bagi Kategori Dokumentari Terbaik (Penyiaran) yang dimenangi oleh Jeannyora Mahin dari RTM dengan dokumentari bertajuk “Posmen Komuniti: Menyampaikan Amanah Rakyat”.

Pemenang kategori Rencana Bahasa Malaysia, Rencana Bahasa Inggeris dan Foto Terbaik membawa pulang wang tunai RM2000, trofi dan sijil manakala pemenang kategori Dokumentari Terbaik (Penyiaran) membawa pulang wang tunai RM2500 berserta sijil dan trofi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda