Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Abang Johari Ganti Allahyarham Adenan Satem

By 13 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad / Foto: Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Datuk Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, 67, atau lebih mesra dengan panggilan Abang Johari dilantik secara rasminya sebagai Ketua Menteri Sarawak Keenam.

Abang Johari mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini pada 4.00 petang tadi.

Abang Johari bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri petang tadi.

Abang Johari bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri petang tadi.

Anak bongsu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama, iaitu Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapa’iee itu diangkat menjadi Ketua Menteri setelah kematian Tan Sri Adenan Satem akibat kompilasi jantung pada Rabu.

Suami kepada Datin Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang dikurniakan sepasang anak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Merpati Jepang, Kuching dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Bantuan St.Joseph, Kuching.

Pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan di Henley College, Brunnel University, United Kingdom telah menceburkan diri dalam arena politik sejak 1977 dan dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1981 di kawasan Satok.

Beliau telah mewakili kawasan DUN Satok selama sembilan penggal berturut-turut iaitu pada 1981, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011 dan terkini 2016.

Setelah memenangi Pilihan Raya Negeri di kawasan Satok pada Jun 2016, Abg Johari telah dilantik semula ke dalam Kabinet Negeri Sarawak dan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi Sarawak.

Turut hadir menyaksikan majlis angkat sumpah ialah Datuk Sri Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Sri Hajah Nancy Haji Shukri.

SF

Tinggalkan komen anda