Skip to main content
Berita TempatanKuala Lumpur

Angpau, Limau Kurangkan Beban Sempena Tahun Baharu Cina

By 13 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Mohd Izzideen Khairi Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Sumbangan berbentuk angpau, barangan keperluan harian beserta limau mandarin memberi erti yang besar kepada 32 warga emas yang bakal menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Majlis Sumbangan Hamper dan Duit Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2017  berlangsung di Ibu Pejabat PGRM, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut penerima, Kang Chin Hong, 68, dia berterima kasih kepada Parti Gerakan yang prihatin demi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kebanyakan penerima hari ini.

Dr. Dominic Lay Hoe Chai bersama Kang Chin Hong.

Dr. Dominic Lay Hoe Chai bersama Kang Chin Hong.

“Sumbangan ini memberi erti yang besar kepada kami sempena perayaan Tahun Baharu Cina nanti,” ujarnya.

Majlis anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pusat dengan kerjasama Parti Gerakan Petaling ini dilihat mampu mengurangkan beban para penerima menjelang perayaan pada 28 Januari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Publisiti Media Baharu Parti Gerakan, Dr. Dominic Lay Hoe Chai hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan.

SF

Tinggalkan komen anda