Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kek Lapis Buka Peluang Ibu, Anak Berniaga

By 25 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

  Laporan & foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

SIBU, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Sikap tidak mengenal erti putus asa dan perlu bekerja keras mencari duit membolehkan seorang ibu dan anak berjaya meraih beratus-ratus ringgit sehari hasil jualan kek lapis Sarawak.

Pelbagai jenis kek lapis Sarawak dan kek Nasha Sarawak yang dijual oleh Hartinah Rosman, 40 yang menetap di Sibu selama puluhan tahun setelah berkahwin dengan rakyat Sarawak mendapat perhatian ramai.

“Bukan hanya kek lapis Sarawak saja yang saya jual di sini malah produk lain seperti ikan terubuk masin, belacan dan apa-apa produk makanan Sarawak saya jual sejak empat tahun yang lalu,” ujarnya semasa ditemui Malaysiaktif di Pasar Sentral Sibu pada Ahad.

“Kerja saya setiap hari ialah menjual kek lapis yang dibuat oleh anak saya yang merupakan seorang pengusaha kek lapis.

Sebahagian kek lapis yang dijual

Sebahagian kek lapis yang dijual

“Saya menjual pelbagai jenis kek lapis seperti Tikar Mengkuang, Terabai, Puncak Kasih, Tiga Rasa, Blueberry Cheese, Ice-Cream, Coklat Cheese, Madu dan bermacam-macam lagi,” ujarnya yang menjual kek lapis dari 6.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Tambahnya, sewaan oleh Majlis Perbandaran Sibu atau lebih dikenali sebagai SMC (Sibu Municipal Coucil) hanya RM1 sehari sahaja setiap satu meja amat murah.

“Bagi kami sewaan tersebut sangat murah. Kerajaan tempatan menunjukkan keprihatinan kepada kami yang berniaga secara kecil-kecilan seperti ini.

“Saya menyewa empat meja sehari dan hanya RM4 sahaja untuk menjual kek dan makanan lain. Hasil jualan setiap hari, saya mendapat RM200 hingga RM300 lebih,” ujarnya lagi.

Hartinah juga berkata, kebanyakan pelanggannya adalah dari Semenanjung dan Sabah.

ikan terubuk“Kalau orang Sarawak beli mereka selalunya beli untuk buah tangan kepada kawan-kawan mereka di Semenanjung atau di Sabah. Bagi ikan terubuk masin saya jual RM5 seekor dan kek lapis RM10 sebekas. Sesiapa yang membeli 10 bekas ke atas saya bagi percuma satu,” ujarnya.

Sementara itu, pelanggan Noraini Ahmad, kek lapis yang dijual oleh Hartinah sangat sedap dan harganya sama dengan di tempat lain seperti di Kuching dan Miri cuma rasanya berbeza.

“Saya selalu membeli kek lapis dari Hartinah apabila saya balik ke Sibu. Saya membeli untuk makan sendiri. Ada juga saya bagi kepada kawan-kawan sebagai buah tangan,” jelasnya.

Kek lapis dan ikan terubuk masin merupakan antara makanan tradisional Sarawak yang menjadi pilihan pengunjung yang datang ke negeri tersebut.

-SF

Tinggalkan komen anda