Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kuih Bakul Warnai Sambutan Tahun Baharu Cina

By 16 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto : Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 16 Jan (Malaysiaaktif) –  Kuih Bakul, bagi masyarakat Cina sinonim dengan sambutan perayaan tahun baharu.

Bersama peredaran zaman, kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut ini juga mengalami perubahan termasuk penggunaan teknologi dan proses pembuatannya.

Namun bagi pembuat kuih bakul, Tiew Eh Hoon, 62, dan suaminya Eh Si Eh Put, 65, kaedah tradisional terutama dari segi pembungkusan yang menggunakan daun pisang masih dikekalkan.

Eh Hoon berkata proses membuat kuih ini bermula dengan mengisar beras pulut sehingga menjadi tepung sebelum direndam selama satu malam, ditoskan airnya supaya kering sebelum diuli bersama gula.

Beliau berkata kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18-20 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari.

Pengerusi Jawatankuasa Kampung Tanpa Mukim Kok Seraya, Beng Khieu, 50, pula berkata penyediaan kuih bakul ini memerlukan kesabaran.

“Bahan utama membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya rumit kerana ia memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan,” ujarnya lagi.

Kuih Bakul atau ‘Nian Gao’ dipercayai oleh kaum Tionghoa membawa tuah kerana ‘gao’ yang bermaksud kuih juga sebutannya sama dengan perkataan ‘gao’ yang bermaksud tinggi.

Bagi masyarakat Cina, Nian Gao yang juga bermaksud ‘semakin tahun semaki tinggi’ ini merupakan makanan utama yang digunakan dalam upacara sembahyang kesyukuran enam hari sebelum tahun baharu menjelang tiba.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda