Skip to main content
HomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Liputan Media Tepat, Elak Salah Tanggapan Tentang RUU355

By 16 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Media mampu buang tanggapan tegar Akta 355 mencabul kebebasan asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam – Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz.

 

Laporan / foto oleh Shahir Mustafar

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Cadangan Pindaan Akta 355, Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) adalah usaha Kerajaan dalam memperkasakan  penguatkuasaan Undang-Undang Syariah di negara ini.

Namun, hanya segelintir rakyat di negara ini, khususnya umat Islam sendiri kurang jelas mengenai cadangan pindaan yang dilihat sebagai penambahbaikan kepada pelaksanaan keadilan dan hukuman dalam Islam itu.

3de68c97-79ab-4302-8f4e-7a18f2f9098d

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam, IKSIM , Datuk Prof. Mahamad Naser Disa, ada antara umat Islam di negara ini menolak cadangan pindaan itu kerana menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan liberal.

“Justeru, media di negara ini dapat memainkan peranan penting dalam memberikan fakta jelas agar pelaksanaannya dapat difahami. Tambahan pula, tiada sebarang perkataan ‘sekular’ dan ‘liberal’ disebut di dalam Perlembagaan Negara.

“Apa yang pasti, cadangan pindaan ini merupakan usaha kerajaan dalam menambah baik pelaksanaan Undang-Undang Syariah dan ia hanya melibatkan umat Islam di negara ini sahaja dan tidak bagi penganut agama lain,” jelas Mahamad semasa Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355 yang diadakan di sini hari ini.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Kemajuan Islam Malaysia, IKIM, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz berkata, penjelasan tepat menerusi media juga mampu membuang tanggapan tegar bahawa Akta 355, mencabul kebebasan asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam.

6488a26c-14cb-40d9-855d-fbdc1dca73ae

Aminuddin Yahaya : cadangan pindaan bukti kerajaan terbuka dan telus.

 

“Akta ini sudah lama wujud dan ia tidak menjadi persoalan kerana kewujudannya adalah menurut punca kuasa yang sah di sisi Perlembagaan. Memang tiada isu ia bercanggah dengan kerangka dan sifat Perlembagaan.”

“Melalui akta ini juga, seorang bukan Islam tidak boleh dituduh di Mahkamah Syariah walaupun dia membantu seorang Islam melakukan kesalahan di bawah undang-undang kesalahan Syariah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat UMMAT, Aminuddin Yahaya berkata, cadangan pindaan ini adalah bukti kerajaan terbuka dan telus dengan cadangan yang diutarakan oleh pihak pembangkang, demi menegakkan agama Islam di negara ini.

“Walaupun cadangan pindaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika ia usaha meningkatkan syiar Islam, kerajaan akan beri keutamaan. Tambahan pula cadangan ini dibuat mengikut prosedur dan diangkat dalam Dewan Rakyat.”

Turut hadir di taklimat ini Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin dan Yang diPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YADIM, Dr Yusri Mohamad.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda