Skip to main content
Home

Lebih Dua Juta Murid Sekolah Rendah Mula Sesi Persekolahan

By 3 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Keletah murid Tahun Satu pada hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak Dua pada Selasa / Foto Bernama

 

TAIPING, 3 Jan — Lebih 2.2 juta murid sekolah rendah memulakan sesi persekolahan di seluruh negara tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1.68 juta murid memasuki sekolah kebangsaan, dengan 435,882 murid Tahun Satu yang berdaftar pada tahun ini.

“Seramai 448,337 memasuki sekolah rendah vernakular Cina, manakala 68,182 di sekolah rendah vernakular Tamil,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon pada sidang media di SJKC Sungai Rotan di Trong dekat sini, Selasa.

Sin Woon berkata, seramai 418,880 guru bertugas di sekolah rendah di negara ini.

“Ia termasuk 188,342 di sekolah kebangsaan, 37,014 di sekolah Cina dan 9,357 di sekolah Tamil,” katanya.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/03/lebih-2-juta-murid/

Tinggalkan komen anda