Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pertandingan Kesenian Kaligrafi Cina Semai Perpaduan Antara Kaum

By 19 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Abassalimi Mohamad / Foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Kaligrafi merupakan seni menulis yang mencerminkan bidang ekspresi artistik yang luas.

Menghargai seni itu, kira-kira 230 peserta berbilang kaum telah menyertai Pertandingan Kesenian Kaligrafi Cina anjuran MCA Bahagian Kluang, di sini pada Sabtu.

Pertandingan Kaligrafi Cina yang diadakan secara terbuka ini telah menarik minat pelbagai kaum untuk mengambil bahagian.

unnamed (7)

Seorang peserta yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Theiv Ramees, 11, berkata, dia memang berminat dengan seni Kaligrafi sejak kecil.

Theiv yang menyertai pertandingan bersama adiknya, Pravin Rames, 10, berkata, pertandingan yang disertai buat pertama kali ini turut mendapat galakan daripada ibu bapa mereka.

Pertandingan Kaligrafi Cina ini dibahagikan kepada enam kategori, iaitu Dewasa, Menengah Atas, Menengah Bawah, Tahap Satu, Tahap Dua dan Kategori Guru.

unnamed (9)

Dalam pada itu, Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu dalam ucapan perasmiannya berkata, program tersebut boleh dijadikan contoh kepada orang ramai dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tambahnya, ibu bapa yang hadir dalam program itu juga boleh memberi contoh yang baik kepada masyarakat dalam menyemai minat anak-anak ke arah menjaga kesenian kaligrafi ini supaya tidak hilang pada masa akan datang.

– AH

Tinggalkan komen anda