Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

PRK Tanjong Datu Ditetapkan 18 Feb – SPR

By 19 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan / foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA 19 Jan (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Februari sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sawak.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah di Wisma SPR di sini hari ini.

Hashim (tiga dari kiri) mengumumkan tarikh PRK Tanjong Datu di Wisma SPR.

Hashim (tiga dari kiri) mengumumkan tarikh PRK Tanjong Datu di Wisma SPR.

“Penamaan calon pada 4 Februari, undi awal pada 12 Februari,” katanya dalam sidang akhbar.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat seramai 9,959 pemilih berdaftar di Tanjong Datu dengan 9,771 pemilih biasa dan 188 orang pemilih awal.

”PRK bagi kerusi tersebut kosong berikutan kematian Tan Sri Adenan Satem yang juga Ketua Menteri Sarawak pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN 11), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang apabila menewaskan calon PKR, Jazolkipli dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan memperoleh 6,360 undi berbanding 468 undi yang diraih Jazolkipli.

“Sementara itu, SPR memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN N.01 Sungai Air Tawar berdasarkan peruntukan Undang-Undang TubuhNegeri Selangor 1,959, ujarnya.

Kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya Kamarol Zaki Abdul Malik yang meninggal dunia pada 17 Januari yang lalu.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda