Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Sekolah Pondok Hangus

By 18 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto : Syahira Yahya / Azmi Shamsuddin (Kuantan)

KUANTAN, 17 Jan (Malaysia Aktif) – “Terkejut, sebab pertama kali seumur hidup mengalami situasi cemas sebegini.Semasa kejadian saya baru sudah mandi setelah selesai bertugas menyapu sampah pada sebelah petangnya.

“Ketika itu saya berada di tingkat bawah dan ternampak kepulan asap hitam dari tingkat atas asrama. Saya mencuba untuk memadamkan api namun tidak berjaya. ,” ujar Wan Muhammad Hakimin Wan Khairul Asri, 14, pelajar Sekolah Pondok An Nuur, di sini yang terbakar kelmarin.

Kerugian dianggarkan RM400,000 dan memusnahkan hampir keseluruhan asrama termasuk buku, kitab dan peralatan persekolahan.

Kerugian dianggarkan RM400,000 dan memusnahkan hampir keseluruhan asrama termasuk buku, kitab dan peralatan persekolahan.

Seramai 113 mangsa kebakaran yang merupakan pelajar Sekolah Pondok An Nuur menerima sumbangan berbentuk cek, wang ringgit dan peralatan asas di Dewan Terbuka An Nur, Penor, di sini.

Majlis Pengurniaan Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah mewakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Terima kasih banyak-banyak kerana membantu. Sekarang ini dah tiada apa-apa, semuanya lesap sekelip mata,” ujarnya lagi yang kini bersama-sama rakan pelajar yang lain menumpang teduh di masjid berhampiran.

Turut disampaikan bantuan keperluan asas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang seperti bantal, selimut, dan bantuan perseorangan kepada semua mangsa kebakaran.

Dalam nahas 8.10 malam kelmarin, asrama lelaki Pondok An Nuur hangus dijilat api. Walau bagaimanapun tiada sebarang insiden kecederaan atau nyawa dilaporkan kerana semua pelajar berada di surau bagi mengikuti kuliah ketika tragedi belaku.

Kejadian kira-kira pukul 8.00 malam itu mengakibatkan kerugian sebanyak RM400,000 dan memusnahkan hampir keseluruhan asrama pusat pendidikan Islam berkenaan termasuk buku, kitab dan peralatan persekolahan.

Sejajar dengan itu, kempen memberi bantuan kepada para pelajar terbabit terus giat dijalankan.

 

-SH

Tinggalkan komen anda