Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Keringat Masyarakat Majmuk, Asas Keteguhan Ekonomi Negara.

By 17 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto : Shahir Mustafar

Kuala Lumpur, 17 Jan (Malaysiaaktif) – “Sebuah buku yang boleh dijadikan rujukan lengkap mengenai sejarah ekonomi dunia yang berkait rapat dengan transformasi ekonomi negara.”

Ujar Profesor Politik Ekonomi, Universiti Harvard, Profesor Dwight Perkins, semasa pelancaran Buku ‘Charting the Economy; Early 20th Century and Contemporary Malaysia Contrast’ yang ditulis Sultan Nazrin Shah, di sini hari ini.

“Malaysia hari ini adalah salah satu daripada kisah kejayaan pembangunan ekonomi dengan potensi untuk mencapai taraf berpendapatan tinggi. Bagaimana Malaysia mencapai kejayaan ini, adalah proses yang telah bermula lebih satu abad lalu, yang tidak banyak diketahui umum.

Baginda berkenan bergambar bersama Profesor Politik Ekonomi, Universiti Harvard, Dwight Perkins di pelancaran buka ‘Charting the Economy; Early 20th Century and Contemporary Malaysia Contrast’

“Buku yang dihasilkan oleh Sultan Nazrin Shah ialah usaha penerokaan yang menghuraikan sejarah tersebut secara mendalam, daripada ekonomi yang berasaskan eksport getah dan bijih timah kepada pengeluar dan pengeksport produk pembuatan,” ujar Perkins lagi.

Bagi Sultan Nazrin Shah, penerbitan buku ini amat peribadi bagi baginda dan ia adalah kemuncak pengajian ijazah doktor falsafah dalam jurusan politik ekonomi semasa di Universiti Harvard.

Baginda berkenan menandatangani buku Charting the Economy; Early 20th Century and Contemporary Malaysia Contrast disaksikan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman.

“Kerjasama daripada anggota masyarakat yang pelbagai telah memberikan sumbangan besar kepada transformasi ekonomi dan sosial yang berlaku secara luar biasa di negara ini.

“Kemakmuran dan pembangunan hebat yang dihasilkan melalui pengorbanan, inovasi dan bakat mereka hendaklah dijadikan inspirasi oleh generasi semasa dan akan datang,” titah Sultan Nazrin.

Baginda berkenan menandatangani buku dan beramah mesra bersama media yang hadir semasa pelancaran buku tulisan baginda, ‘Charting the Economy; Early 20th Century and Contemporary Malaysia Contrast’

Buku ‘Charting the Economy; Early 20th Century and Contemporary Malaysia Contrast’ telah berada di pasaran secara rasmi mulai hari ini menerusi kedai-kedai buku utama seperti Kinokuniya dan MPH dengan harga RM99.90 senaskah.

-MSM

 

 

 

Tinggalkan komen anda