Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

12 Ribu Bendera, 10 Ribu Poster Mula Dipasang Isnin

By 5 Februari 2017Februari 15th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Razali Ihi

LUNDU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Suasana hari kedua selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu masih belum rancak dengan peperangan poster dan bendera oleh parti bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Parti Reformasi Negeri (STAR) semalam.

Menurut Pemangku Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.3 Tanjong Datu, Abu Seman Karim, bendera dan poster parti itu akan dipasang bermula Isnin.

“Jumlah keseluruhan ialah 12 ribu bendera, 10 ribu poster, lencana BN 10 sekitar empat hingga lima ribu akan diagihkan kepada semua kawasan N.3 Tanjong Datu. Jentera kerja sudah siap sedia untuk bergerak menjalankan tugas masing-masing.

“Bunting , poster dan bendera akan digantung oleh jentera pemuda manakala kempen rumah ke rumah akan dilakukan oleh pihak wanita manakala pihak bapa bergerak dari kampung ke kampung untuk berkempen dan menjalankan tugas yang lain”.

Abu berkata demikian semasa ditemu bual di kawasan bilik gerakan PBB di sini petang tadi.

Tambahnya, buat masa sekarang persiapan untuk menjalankan tugas memang dalam keadaan 100 peratus bersedia dengan melibatkan 37 buah ranting yang akan bergerak serentak. Operasi lain sekadar menunggu arahan Pengarah Pilihan Raya DUN N.3 Tanjong Datu.

Sementara itu, Setiausaha PBB N.3, Tanjong Datu, Abdul Razak Abdul Wahab, strategi untuk memastikan supaya semua turun mengundi adalah dengan menggerakkan kaum wanita dari rumah ke rumah bagi memujuk semua turun mengundi. Sebanyak 15 ceramah dirancang di 15 buah tempat.

Pengundian awal PRK Tanjong Datu bakal berlangsung pada 12 Februari manakala hari pengundian biasa pada 18  Februari depan.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda